aiman27
Active+ Member
- Messages
- 4,608
- Joined
- May 14, 2010
- Messages
- 4,608
- Reaction score
- 729
- Points
- 71
Bank Simpanan Nasional (BSN) dipercayai dipilih untuk menawarkan Skim Pinjaman Mudah bagi golongan berpendapatan rendah melanggan skim Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).
Sumber industri berkata, pelantikan BSN itu dibuat oleh Kementerian Kewangan.
Difahamkan Kementerian Kewangan telah mengeluarkan geran kepada BSN untuk melaksanakan pinjaman itu.
Menurut sumber itu, struktur pinjaman itu sudah pun diserahkan kepada Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti untuk dinilai.
''Sekiranya tiada masalah, skim itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat,'' katanya kepada Utusan Malaysia.
Baru-baru ini, semasa melancarkan Minggu Saham Amanah Malaysia 2011, Perdana Menteri mengumumkan skim tersebut yang dikhususkan kepada golongan berpendapatan rendah.
Menurut Najib, pengenalan langganan AS1M untuk memastikan golongan tersebut tidak terpinggir dan dapat menambah pendapatan.
Perdana Menteri membayangkan, skim itu akan memberi pinjaman kepada golongan pendapatan rendah melanggan AS1M dan pinjaman itu dibayar melalui pengagihan dividen.
Sebelum ini, BSN pernah membuat permohonan kepada Permodalan Nasional Bhd. (PNB) untuk menjadi ejen firma itu.
Namun, dipercayai permohonan itu ditolak oleh PNB kerana ia sudah memiliki bilangan ejen yang cukup besar.
Malah, secara berseloroh, sumber berkata, itulah jawapan mengapa BSN mengambil bahagian dalam Minggu Saham Amanah Malaysia 2011, baru-baru ini.
Ditanya sama ada bentuk pinjaman itu dilaksanakan sama seperti langganan unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) kepada golongan miskin suatu masa dulu, sumber berkata: ''Mungkin sama dan jumlah langganan turut dihadkan''.
Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd., Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman ketika diminta mengulas tentang skim itu meminta semua pihak menunggu pengumumannya nanti.
AS1M dilancarkan oleh Najib pada 2009 dengan saiz dana berjumlah 10 bilion unit dengan lima bilion diperuntukan kepada pelabur bumiputera, tiga bilion untuk pelabur Cina, India 1.5 bilion unit dan lain-lain kaum 500 juta unit.
Setakat ini, peruntukan bagi kaum Cina telah habis dijual.
Sumber : Utusan Malaysia.
Boleh pasang radar kat benda ni. Harap ia lebih menarik drp ASB loan.
sambungan thread ini di http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=12067975#post12067975

Last edited: