Kepada yang nak parking duit dia kat SSP, tapi tak nak terasa rugi sangat yang duit dia tak jana income, aku suggest buat Sandaran SSP. Dengan syarat, U all ada disposable income untuk beberapa tahun yang berikutnya. Caranya, dengan buat SSP Special edition dulu, then sandarkan untuk loan, lepas tu masukkan dalam ASB. Pulpa dah pernah cakap pasal ni, aku cuma nak tunjukkan pengiraan.
Kalau hanya masuk duit dalam ASB:
Total untuk 5 tahun = 5300(1.07^5)=RM7433.52
So untung RM2433.52, tapi duit kat ASB total RM7433.52.
Untuk sistem sandaran, aku bagi contoh untuk modal RM5300, aku bagi senario 5 tahun (4% profit rate untuk loan, bayar RM100 sebulan untuk 5 tahun),dividen ASB(anggaran 7% setahun) dan SSP-SE (profit rate 2.42% tahun pertama, dan anggaran 0.75% untuk seterusnya):
Dengan basic RM5300 dalam SSP-SE, faedah keuntungan --> =5300*0.0242+5300*0.0075*4=RM128.26+159=RM287.26
Faedah untuk Loan Sandaran = 0.04*5000*5=RM1000 (negative)
total Dividen untuk 5 tahun di ASB dengan syarat tak keluarkan duit
=5000*(1.07^5)-5000 =RM7012.76-5000=RM2012.76
Jumlah untung =(287.26+2012.76)-1000=RM1300.02.
Jumlah aset = (5300+287.26)+7012.76=RM12600.02
Yang tu kiraan basic. So dalam masa 5 tahun untung dalam RM1300.02 dan duit total dalam bank adalah RM12600.02.
So basically dengan cara ni kita tak rugi. Dan kita ade mechanism untuk leverage duit untuk bayaran secara ansuran instead of lump sum straight banyak-banyak. Dan, of course kita ade chance untuk cabutan SSP sebanyak RM5300.
Anyway, kalau nak masukkan terus kat ASB, memang lah untung lagi. Katakanlah U ada RM5300 masa awal dalam ASB, dan masukkan dalam ASB sebanyak RM100 setiap bulan dalam masa 5 tahun. Kalau ikut formula annuiti, selepas 5 tahun total duit dalam bank adalah RM14592.81. Jadi dalam masa 5 tahun untung RM14592-5300-100*60=RM3292.81. Beza keuntungan berbanding buat sandaran adalah RM3292.81-RM1300.02=RM1992.79. Tapi dalam hal ni tak dapat masuk cabutan SSP.
So bagi aku kalau Sandarkan SSP, kita dapat sort of compromise between SSP and ASB. Dapat simpan ASB, dapat peluang cabutan, and tak rugi dalam pinjaman.
Kalau pandai pusing, boleh sandarkan lebih dari sekali. Asalkan ada duit untuk buat ansuran.
Something for U to ponder...:-?