Sapa2 pun boleh menang, tunggu giliran jer..
kalu sikit susaah nak kena... sblum ni sy sumbat 50k pun tak penah kena..
kalu dah rezeki, tak kira umurpun..
paid
Tuah Gadis 16 Tahun Memenangi Mercedes-Benz C180K
Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) yang ketiga bagi tahun ini telah telah diadakan di pusat membeli belah Alamanda di Putrajaya pada 25 Mac 2006. Cabutan kali ini berjaya menarik minat ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti dan hadiah-hadiah cabutan bertuah.
Majlis cabutan SSP ini juga amat bermakna bagi Khauselia Devi A/P Krishnamoorthy, seorang
pelajar MRSM Lenggong, Perak. Pelajar bertuah yang
berumur 16 tahun ini adalah pemenang Hadiah Utama cabutan SSP bulan Februari yang lalu berupa sebuah kereta Mercedes-Benz C180K. Apabila ditemui selepas majlis penyampaian kunci replika kereta tersebut Khauselia berkata, "Seorang guru di sekolah memberitahu nama saya tertera di surat khabar sebagai pemenang Hadiah Utama. Sudah tentu saya berasa amat gembira dan bersyukur memenangi kereta mewah ini. Oleh kerana saya belum mempunyai lesen memandu, terpulanglah kepada ibubapa saya untuk menguruskan kereta ini."
Menurut Khauselia lagi,
ayahnya melabur RM10,000 dari wang pencennya sebagai simpanan untuk pendidikan lanjutannya dalam bentuk SSP. Dia amat berterima kasih kepada ayahnya kerana terus menyimpan dalam skim ini. "Saya percaya jika mempunyai wang berlebihan kita perlu simpan, lebih-lebih lagi sebagai simpanan dalam skim pelaburan seperti SSP," tambah beliau.
Tak kira bangsa, pangkat walaupun didesak dgn hanya RM10 je..
paid
SEREMBAN 25 Feb. - Sapiah Aping menunjukkan isyarat bagus ketika berada didalam kereta Mercedes Benz E200 yang dimenanginya hasil cabutan hadiah utama bulan Januari, Sijil Simpinan Premium (SSP) di Seremban, Negeri Sembilan.
Sapiah Apeng, 45, tidak menyangka Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN)
berharga RM10 yang dibelinya di pejabat BSN Triang, Pahang
pada September 2011 berjaya meraih hadiah utama cabutan untuk bulan Januari 2012.
"Memang saya tidak menyangka akan menangi hadiah utama sebuah kereta Mercedes Benz yang bernilai
lebih RM300,000, tambahan pula
saya beli SSP itu setelah didesak oleh pegawai BSN berkenaan.
"Apabila pihak BSN memaklumkan saya berjaya memenangi kereta mewah itu untuk cabutan SSP bagi bulan Januari tahun ini, saya terkejut dan tidak percaya. Apa pun saya rasa amat gembira dengan kemenangan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis cabutan SSP untuk bulan Februari 2012 di Terminal 2, di sini, hari ini.
Sapiah yang masih
bujang dan seorang
penoreh getah merupakan Orang Asli dari keturunan Semelai dan tinggal di Kampung Bukit Gemuroh, Kerayong, Triang, Pahang.
Ditanya sama ada dia akan menggunakan kereta itu atau menjualnya, Sapiah berkata, dia belum membuat keputusan lagi. – BERNAMA