BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan Bulan Syaaban

marilah sama2 kita mengimarahkan bulan sya'aban ini dengan amalan dan ibadah bersungguh2 kepada Allah s.w.t. semoga kita semua ditempatkan dikalangan orang2 yang diredhai oleh-NYA. insyaalah.
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Syaaban Menghadapi Ramadan

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّتْ وَكَانَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً دَاوَمَ عَلَيْهَا

Daripada Abu Salamah bahawa 'Aisyah RA menceritakan kepadanya, katanya: "Rasulullah SAW tidak pernah melaksanakan puasa lebih banyak dalam sebulan selain bulan Syaaban, ada kalanya baginda melaksanakan puasa bulan Syaaban seluruhnya. Baginda bersabda: "Lakukanlah amal-amal yang kalian sanggup melaksanakannya, kerana Allah tidak akan berpaling (dalam memberikan pahala) sampai kalian yang lebih dahulu berpaling (dari mengerjakan amal) ". Solat yang paling Nabi SAW cintai adalah solat yang dijaga kesinambungannya sekalipun sedikit. Baginda bila sudah biasa melaksanakan solat (sunat) baginda menjaga kesinambungannya". (HR Bukhari No: 1834) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW melaksanakan puasa sunat paling banyak pada bulan Syaaban untuk kita contohi.

2. Laksanakanlah setiap amal kita semampunya dengan istiqamah, kerana Allah sentiasa memberikan ganjaran pahala.

3. Solat sunat yang Nabi SAW cintai ialah yang dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit.

4. Pelihara solat sunat mengiringi waktu, duha, tahajud, witir dan lain-lain walaupun hanya dua rakaat.

Marilah kita berterusan melaksanakan puasa sunat, solat sunat serta pelbagai amal soleh di bulan Syaaban ini khususnya sebagai persiapan menemui bulan Ramadan. Semoga kebiasaan yang kita lakukan pada bulan ini akan berterusan di bulan Ramadan.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

11hb Februari 2024
01hb Syaaban 1445H
 
1000001265.jpg


WARM UP 1 : Rasulullah Banyakkan Puasa Syabaan

مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلَّا رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata:

"Aku tidak pernah melihat Rasulullah ﷺ berpuasa sebulan penuh selain di bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa lebih banyak dalam satu bulan selain di bulan Sya’ban."

- HR. Bukhari & Muslim

Jangan sia-siakan bulan Istimewa Nanti. Andai ia Ramadhan terakhir kita.

#warmup
#indahnyaramadhan
#indahnyaislam
 
1000001266.jpg


WARM UP 2 : Perbaiki Keikhlasan Kita & Banyakkan Zikirullah

Siramilah hati kita dengan keikhlasan dan juga ketenangan zikrullah.

قال أبو بكر البلخي: "شهر رجب شهر الزرع، وشعبان شهر السقي، ورمضان شهر الحصاد
"Bulan Rajab adalah bulan menanam, bulan Sya’ban adalah bulan menyiram, dan bulan Ramadan adalah bulan menuai hasilnya."

- Kitab Latha’if Al-Ma’arif, hal. 258, Ibnu Rajab Al-Hanbali

Jangan sia-siakan bulan Istimewa Nanti. Andai ia Ramadhan terakhir kita.

#warmup
#indahnyaramadhan
#indahnyaislam
 
1000497178.jpg


WARM UP 3 : Biasakan 1 Juz sehari atau lebih banyak dari biasa

Adakah Ramadhan baru nak mula / speed up ?

Rasulullah bertilawah dengan Jibril ketika Ramadhan. Imam As syafie bertilawah dengan khatam sebanyak 60x.

وَكَانَ جِبْرِيلُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ

"Dan Jibril menemui Nabi ﷺ setiap malam di bulan Ramadan, lalu beliau (Jibril) mempelajari dan mengulang-ulang bacaan Al-Qur’an bersama beliau (Rasulullah ﷺ)." - HR Bukhori, No.6

وقال الربيع: كان الشافعي يختم القرآن في شهر رمضان ستين ختمة

"Ar-Rabi’ berkata: ‘Dahulu Imam Asy-Syafi’i mengkhatamkan Al-Qur’an sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadan.’" - Manaqib Asy-Syafi’i, Al-Baihaqi, 2/208


Jangan sia-siakan bulan Istimewa Nanti. Andai ia Ramadhan terakhir kita.

#warmup
#indahnyaramadhan
#indahnyaislam
 
1000497182.jpg


WARM UP 5 : Maafkanlah orang lain & Baiki silatrurrahim sesama manusia

Apalah ada pada rekod dendam / marah lepas. Allah sukakan mereka yang memaafkan dan menyambung silaturrahim.

يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ، إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

"Allah Azza wa Jalla melihat semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, lalu Dia mengampuni semua makhluk-Nya kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan (memutus silaturahim dan menyimpan dendam)."

- HR Ibn Majah, disahihkan Al-bani.

Jangan sia-siakan bulan Istimewa Nanti. Andai ia Ramadhan terakhir kita.

#warmup
#indahnyaramadhan
#indahnyaislam
 
Penghujung Syaaban

Akhir Syaaban adalah detik penting bagi umat Islam sebagai persiapan terakhir sebelum memasuki bulan Ramadan. Ia adalah masa untuk melakukan muhasabah diri, melengkapkan persiapan ibadah, dan memastikan kita memasuki Ramadan dengan hati yang bersih dan penuh keikhlasan.

Amalan di Penghujung Syaaban

1. Memperbanyak Taubat dan Istighfar
• Memohon keampunan atas dosa-dosa yang lalu agar dapat memasuki Ramadan dengan jiwa yang suci.
• Meningkatkan istighfar dan doa agar Allah memberikan kekuatan untuk menjalani Ramadan dengan sempurna.

2. Melunaskan Hutang Puasa (Qada’ Ramadan)
• Bagi yang masih mempunyai hutang puasa tahun lalu, ini adalah masa terakhir untuk menggantikannya.
• Jika tidak sempat, perlu membayar fidyah mengikut kadar yang ditetapkan.

3. Meningkatkan Bacaan Al-Quran
• Membiasakan diri dengan membaca Al-Quran supaya lebih mudah mengkhatamkannya dalam Ramadan.
• Menghayati makna ayat-ayatnya dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya.

4. Berpuasa Sunat
• Rasulullah SAW banyak berpuasa di bulan Syaaban sebagai persiapan mental dan fizikal untuk Ramadan.
• Namun, dilarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadan kecuali jika sudah menjadi kebiasaan seseorang (HR. Bukhari & Muslim).

5. Menyucikan Hati dan Memperbaiki Hubungan
• Memohon maaf kepada keluarga, sahabat, dan sesiapa sahaja agar memasuki Ramadan dengan hati yang lapang.
• Melunaskan hutang, menunaikan janji, dan menyelesaikan sebarang perselisihan.

6. Merancang Jadual Ibadah Ramadan
• Menyusun jadual ibadah agar Ramadan lebih produktif, termasuk solat tarawih, qiyamullail, dan sedekah.
• Menyediakan senarai target seperti mengkhatamkan Al-Quran, memperbanyak zikir, atau berusaha melakukan iktikaf.

7. Memperbanyak Doa Agar Dipertemukan dengan Ramadan
• Salah satu doa yang diajarkan oleh para ulama:
اللهم بلغنا رمضان
“Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan.”

• Berdoa agar diberikan kesihatan, kekuatan, dan kelapangan untuk beribadah sepanjang Ramadan.

Penghujung Syaaban adalah peluang terakhir untuk bersedia menyambut bulan penuh keberkatan. Semoga kita dapat memasuki Ramadan dalam keadaan bersih hati, bersemangat, dan penuh keikhlasan dalam beribadah.

 
Back
Top
Log in Register