BTC USD 86,608.0 Gold USD 4,343.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan SOLAT SUNAT SEBELUM SOLAT SUBUH

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
IMG_20230709_231239_427.jpg


KELEBIHAN SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH

Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "(Solat sunat) Dua rakaat sebelum Subuh adalah lebih baik dari (nilai) isi dunia dan seluruh yang ada padanya." (Riwayat Muslim (725)

Solat sunat fajar atau subuh mempunyai banyak kelebihan serta amat rugi bagi sesiapa yang tidak berusaha untuk mengamalkannya.

Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan mengikuti Nabi SAW. Amin.
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Solat Sunat Subuh Lebih Baik Dari Seisi Dunia

عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Daripada 'Aisyah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Dua rakaat sunat fajar (sebelum solat fardhu subuh) lebih baik daripada dunia seisinya." (HR Muslim No: 1193) Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Keutamaan solat sunat dua rakaat sebelum fardhu subuh lebih baik daripada dunia seisinya.

2. Solat sunat subuh hanya dilakukan setelah terbit fajar subuh. Dianjurkan solat tersebut di awal waktunya dan dilakukan dengan dua rakaat yang ringan. Inilah pendapat Imam Malik, Imam Syafi’i dan jumhur ulama seperti yang dicatat dalam Syarh Shahih Muslim..

3. Jika solat sunat sebelum subuh lebih baik daripada seluruh isi dunia ini, apatah lagi solat fardhu subuh yang kelebihannya lebih baik daripada itu.

Ayuh kita rebut peluang memelihara solat subuh dan solat sunat sebelum subuh

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

16hb Februari 2024
06hb Syaaban 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pelihara Solat Sunat Sebelum Subuh

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مُعَاهَدَةً مِنْهُ عَلَى رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Daripada 'Aisyah, bahawa tidak ada solat sunat yang lebih di jaga Nabi SAW daripada dua rakaat sebelum fardhu subuh." (HR Muslim No: 1191) Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW menunjukkan contoh dalam amalan harian antaranya solat sunat.

2. Antara solat sunat yang dijaga agar sentiasa dilaksanakan Rasulullah SAW ialah solat sunat dua rakaat sebelum subuh.

Marilah kita memelihara solat fardhu juga solat sunat mengiringi waktu. Antara solat sunat mengiringi waktu yang perlu kita bersungguh melaksanakannya ialah solat sunat sebelum subuh.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

17hb Februari 2024
07hb Syaaban 1445H
 
1000727303.jpg


Jangan Lepaskan Peluang Besar di Waktu Subuh

Ramai yang kejar dunia, tapi ada ibadah kecil yang lebih berharga dari dunia dan segala isinya.

Selepas azan, sebelum solat subuh, laksanakan 2 rakaat solat sunat Subuh, Rasulullah SAW menjanjikan ganjaran yang tak ternilai.

Ayuh, kita jadikan solat sunat Subuh sebagai amalan harian. Ringkas, tetapi besar ganjarannya.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
 
Back
Top
Log in Register