BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan Bulan Syaaban

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas -

sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta

satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata

memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad

SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut

tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan

bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah

berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah

malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada

tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu

mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan

memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi

Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka

terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia nanti

kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi

Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan

dan rahmat Allah SWT.



*lmu yang bermanafaat akan terus mengalir pahalanya kepada kita walaupun kita telah berada di alam barzakh*
 
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
 
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Syaaban.


1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :

"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.


2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.


3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
 
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Erti "Syaaban" ialah berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua. Ada pendapat pula mengatakan Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Menurut Yahya bin Mu'adz pula: Sesungguhnya perkataan Syaaban itu terbentuk dari lima huruf, yang mana setiap huruf merupakan singkatan kurnia kepada orang-orang yang beriman. adalah singkatan yang bererti kemuliaan dan pertolongan, singkatan kepada yang bererti keperkasaan dan keutamaan, singkatan kepada ertinya kebaikan, singkatan bagi ertinya rasa kasih sayang dan singkatan bagi yang bererti cahaya.

Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.
 
Rasulullah S.A.W.. telah bersabda yang maksudnya:
"Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Maka umatnya menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui".
Baginda bersabda:
"Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Dalam bulan ini, Allah S.W.T banyak memberi rahmat dan kurnia kepada hamba-Nya. Mengenai rahmat Allah itu Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud, "Allah mengangkat amalan-amalan semua hamba-nya pada bulan ini."
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara daripada maksiat, taubatnya diterima juga terselamat daripada bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah S.A.W., "Barang siapa membesarkan Syaaban dan bertaqwa kepada Allah S.W.T serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkan dia daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit."

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah S.A.W., "Barangsiapa menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban. Maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu."
 
Dalam pada itu bagi mendapat keberkatan Syaaban, adalah dituntut menunaikan sembahyang sunat dua rakaat pada malam Nisfu Syaaban iaitu malam yang ke-15 pada bulan Syaaban. Sembahyang sunat ini dilakukan selepas menunaikan solat fardhu Maghrib dan selepas sembahyang sunat Ba'diyah dengan membaca surah "Qul yayyuhal Kafirun.." pada rakaat pertama dan surah "Qul huwallahu ahad.." pada rakaat terakhir. Selepas selesai sembahyang sunat Nisfu Syaaban disunatkan juga membaca surah Yaasin dan memohon doa dilanjutkan usia, kekuatan untuk beribadat serta memohon ketetapan iman.

Keutamaan Bulan Syaaban
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah R.A., beliau telah berkata yang maksudnya:
"Adalah Rasulullah S.A.W.. sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. saya tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.
Selain dari itu, Rasulullah S.A.W. pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya:
"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."
 
Sambutan Nisfu Syaaban @ S’pore Expo - Ceramah oleh Ustaz Ahmad Dahri

Sabda Rasulullah s.a.w ketika didatangi Malaikat Jibril pada malam Nisfu Syaaban, Jibril seraya berkata, ” Ya Muhammad, malam ini Allah telah membukakan pintu2 langit dan Allah membukakan pintu2 rahmat (kasih sayang) maka bangunlah kamu dan solat. ( Disaat2 dekat hari kiamat Allah akan mencabut dari sekelian kamu rasa rahmat, manakala yang timbul nanti hanya tinggal rasa kebencian.) Setelah engkau bersolat, angkat kepala dan 2 tanganmu ke langit malam ini. Allah telah membuka 300 ( rahsia Allah, 300 ribu/juta atau lebih) pintu rahmat. Sesungguhnya rahmat Allah mencakupi seluruh alam. Maka Allah akan mengampunkan dosa semua tetapi tidak kepada mereka yang melakukan syirik ( orang yang berbomoh, yang ke tukang tilik), yang sering bermusuhan atau saling membenci, yang berkekalan minum khamar, orang yang berterusan melakukan zina dan tidak bertaubat dari zinanya, yang memakan riba, yang tidak menghormati ibu bapa, dan yang suka mengumpat (mereka semua ini tidak akan mendapat rahmat Allah melainkan dengan bertaubat dengan seikhlas2 taubat ), terkecuali sesiapa yang dikendaki Allah.”

Rasulullah bersabda, ” Tidak ada dosa bagi orang yang beristighfar.”

Sabdanya lagi, “Kamu (umat Rasulullah s.a.w) punya 3 ayah dan 3 ibu. Pertama, ayah ibu yang melahirkan kamu. Kedua, ayah ibu yang melahirkan isteri/suami kamu. Ketiga, guru & isteri gurumu adalah ayah ibumu (wajib dihormati)
 
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama

setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik

sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik

sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada

Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada

Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di

dalam iman & pohonlah segala yang baik... .

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan

tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof

didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam

nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia

lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan

permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah

orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang

mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang

berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana

amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita

derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL

IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK

BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA KHAMIS 30 SEPTEMBER INI KERANA

KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA

TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...
 
Back
Top
Log in Register