notepad
Legendary Member
- Messages
- 15,662
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 15,662
- Reaction score
- 2,144
- Points
- 266
- Awards
- 1
Zarini berjaya mencipta pendapatan sekitar RM130,000 tahun ini dengan menjual pancang buluh di Shopee.
Cipta mata pencarian menerusi minat berkebun
- Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
- 28 Disember 2021, 8:00 am
Tambahan pula, wanita ini bukanlah calang-calang usahawan, beliau merupakan pengasas jenama Darina yang mengeluarkan pelbagai jenis barangan dari skrub mandian dan losen wangi sehinggalah pes masakan yang mendapat status halal.
Cerita bekas kakitangan bank ini, dia membuat keputusan berhenti kerja untuk bekerja dari rumah dan mula menjual produk kecantikan secara atas talian pada 2009, sebelum mengorak langkah menubuhkan Darina pada 2017.
Pada 2019, dia dan suami memilih untuk berpindah ke Kelantan bagi mengembangkan jenama tersebut dan perniagaan Darina berkembang maju sehingga membolehkan Zarini membuka pejabat di Kelantan dan Selangor.
Jenama Darina kekal bertahan sehingga kini dan menawarkan pelbagai bahan pes masakan yang mendapat status halal di Shopee.
“Namun, apabila pandemik melanda, banyak cabaran baharu mula timbul dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bermula bulan Mac 2020 mengakibatkan semua tidak dapat beroperasi.
“Saya terpaksa menutup kedai luar talian saya, pembeli berkurangan dan stokis saya juga tidak dapat menjana jualan,” ujarnya.
Ekoran itu, Zarini memutuskan untuk menumpukan jualan produk di kedai Darina House di Shopee. Pada masa yang sama, tercetus idea untuk meluaskan minatnya dalam berkebun dengan menjual pancang buluh di platform berkenaan.
“Saya sendiri selama ini memang menggunakan keratan buluh sebagai pancang untuk tanaman pokok di rumah. Pada suatu hari, saya memutuskan untuk menambah pancang buluh ini sebagai produk jualan di kedai Shopee saya, selain daripada produk Darina.
“Sambutan diterima agak mengejutkan dan setakat 15 Disember lalu, saya telah menjual 15,489 set pancang buluh, dengan setiap set mengandungi 25 keratan buluh. Bermakna saya kini berjaya menjual 387,225 pancang buluh,” jelasnya.
Pancang buluh berfungsi untuk menyokong tanaman supaya tumbuh tegak dan tidak senget.
Zarini menambah, pancang buluh berkenaan telah menjana jualan lebih daripada RM50,000 pada tahun 2020, dan nilainya meningkat kepada lebih RM130,000 tahun ini.
Jualan tertinggi dicapai pada bulan Jun dan Ogos tahun ini, seiring dengan musim Hari Raya Aidilfitri serta Hari Raya Aidiladha.
“Selain pancang buluh, saya turut menjual serunding ayam, serunding daging dan serunding ikan. Sebanyak 2,351 pek serunding telah terjual setakat ini,” katanya.
Bagi menghasilkan produk keluarannya, Zarini mengupah penduduk kampung khususnya dari sekitar Pasir Mas dan Tumpat. Jelasnya, kebanyakan mereka turut terjejas akibat Covid-19 dan PKP.
Buat masa ini, terdapat 20 orang penduduk kampung yang membantu Zarini.
“Ramai penduduk kampung terlibat dalam penghasilan pancang buluh ini, selain serunding. Walaupun semasa banjir, mereka tetap membantu saya mengangkut buluh dan menghantarnya menaiki bot. Komitmen mereka terhadap tugas ini benar-benar memberi inspirasi,” katanya.
Meskipun dalam situasi banjir, operasi membekalkan pancang buluh buat pelanggan tidak terhenti.
Mengulas mengenai ciri yang digunakannya di Shopee untuk membantu mempromosikan kedainya, Zarini berkata, beliau masih fokus pada penggunaan Shopee Ads.
Jelasnya, platform itu telah memberinya banyak peluang untuk memperoleh pendapatan dan mempromosikan jenamanya, bermula dengan pautan Seller Affiliate.
“Saya kini telah menjadi penjual Bintang selama tiga bulan dan baru-baru ini dilantik sebagai Shopee Affiliate Ambassador. Saya amat berterima kasih atas semua pengiktirafan ini kerana dengan menjadi duta, saya boleh membantu mempromosikan produk penjual lain selain turut memperoleh insentif,” ujarnya.
Zarini turut berkongsi perancangannya untuk 2022.
“Saya ingin membuka kilang tahun depan untuk meningkatkan pengeluaran pancang buluh. Saya juga merancang menambah beberapa produk baharu ke dalam katalog Darina House bagi menarik lebih ramai pelanggan hadir berkunjung ke kedai online ini.
“Selain itu, saya berhasrat untuk memberi lebih fokus kepada pes masakan Darina demi pekerja dan komuniti setempat yang bergantung kepada perniagaan ini,” katanya.
Proses mendapatkan bekalan buluh dilakukan dengan bantuan komuniti setempat
Cipta mata pencarian menerusi minat berkebun
PETALING JAYA – Seorang usahawan, Zarini Jaafar, 41, tidak pernah menyangka selepas menceburi bidang perniagaan lebih 10 tahun, pancang buluh – iaitu keratan buluh yang digunakan sebagai pancang untuk tanaman di halaman rumah bakal menjadi produknya yang paling berjaya. Tambahan pula, wanita ini...
www.kosmo.com.my
Darina House Official, Online Shop | Shopee Malaysia
Welcome to ZRSB Corner 🌷online seller since 2009 items will be shipped within 48 hours if you like, you can follow us you can chat us before placing order all ready stok item Discover exclusive deals and reviews of Darina House Official online!
shopee.com.my