adamdaniel81
Super Active Member
- Messages
- 8,208
- Joined
- Feb 27, 2011
- Messages
- 8,208
- Reaction score
- 166
- Points
- 73
Kekasih Durjana
SOALAN
K adalah cinta pandang pertama ketika menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.
Hubungan kami menjangkau empat tahun, tetapi jarang bertemu kerana tinggal berjauhan.
Tamat pengajian K bekerja manakala saya masih mencari pekerjaan sesuai. K akhirnya bertukar ke bidang perguruan dan meminta saya bersabar dengan pelbagai janji manis.
K merancang bertunang pada akhir tahun ini dan berkahwin pada tahun depan.
Bagaimanapun, saya dapat rasakan sesuatu berdasarkan SMS yang K hantar.
K mengajak saya mengadakan hubungan seks jika ingin bertemu dan meneruskan hubungan.
Saya tertekan dan menganggap K melakukannya kerana ada masalah.
Apabila bertanya, K mengakui mempunyai teman wanita lain dan banyak kali mengadakan hubungan seks.
Saya percaya, K mengajak saya melakukan hubungan seks kerana dia tahu saya tidak akan melakukan perbuatan terkutuk itu. Itu alasan bagi memutuskan hubungan kami.
Hati saya sangat terluka, malah masih terdengar lagi hamburan pelbagai kata hinaan dan nista dilemparkan. Apakah K lupa dia juga pernah rasa kecewa apabila kekasihnya dulu meninggalkannya?
Apa yang K lakukan pada saya sangat dahsyat, malah dengan bangga bercerita sudah mempunyai pengganti yang cantik dan seksi serta melakukan hubungan seks.
Seperti tidak percaya dia berubah padahal sebelum ini dia paling banyak menyuruh saya bersabar, setia dan jujur kepadanya.
Percintaan kami hancur apabila dia bertemu orang lain dan melakukan seks bersama.
Mengapa K tidak berterus-terang sejak awal sehingga akhirnya membuatkan saya merana.
BEKAS KEKASIH GURU
Terengganu
JAWAPAN
AMAT sedih membaca kisah cinta adik. Jawapan mengapa K begitu kejam dan tidak mempunyai hati serta perasaan ialah kerana hati mempunyai alasan yang tidak mudah dimengerti oleh akal.
Dalam bercinta, tidak bermakna orang yang kita cintai akan sentiasa membalas cinta kita.
Madah cinta berbunyi: 'Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia membalas cintamu.'
Perubahan masa, waktu, situasi dan jarak adalah antara faktor yang boleh memberi virus kepada hubungan cinta kalian.
Seorang lelaki yang benar-benar menyayangi wanita, apatah lagi kekasihnya, tidak akan melakukan perkara keji serta merosakkan kepercayaan wanita itu.
Dr memuji adik kerana pandai menjaga kehormatan sepanjang hubungan cinta kalian. Jika adik melakukan hubungan seks dengan K dan kemudian tidak menjadi suri rumahnya, tentu adik yang merana.
Sikap K memang menunjukkan cintanya bukan untuk anda. Pepatah mengatakan: 'Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.'
Hati manusia tidak boleh dipaksa untuk menyayangi orang yang tidak mahu disayangi. Naluri seks yang terlarang juga tidak mengira batas dan jawatan.
Jawatan guru satu jawatan mulia, tetapi manusia yang merosakkan profesion itu. Perbuatan itu bersifat peribadi.
Benar, amat pahit untuk sembuh daripada luka cinta. Tiada petua pantas kerana mencintai dan dicintai adalah satu anugerah. Dan untuk membuang jauh anugerah itu adalah satu kesakitan yang mendalam.
Proses dan masa perlu untuk adik melupakan K. Mungkin adik akan sembuh atau tidak. Tetapi, percaya cinta adalah suatu anugerah, jangan menolak jika ia datang.
Dari aspek lain, adik seorang wanita yang mempunyai keperibadian baik dan berpegang teguh kepada prinsip memelihara kehormatan diri.
K pula mempunyai sifat sebaliknya. Dia tidak menghormati dan memahami adik.
Perbezaan ini adalah antara petanda mungkin Tuhan menginginkan adik bertemu dan bercinta dengan K (orang yang salah) sebelum bertemu dengan lelaki yang benar-benar sayang dan menghormati adik sebagai seorang kekasih dan wanita (lelaki yang tepat).
Adik harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan ditinggalkan lelaki yang salah dan satu hari nanti menemui lelaki yang tepat. Semoga sinar jalur mentari akan segera menemui adik.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kekasihdurjana/Article/index_html
maaflah kalu rasa post ni x berfaedah sbb saja aku nak share dgn rakan CG ku sekalian..
aku rasa belum astrok lagi sbb baru kuar paper arini.. :">
kalu salah post... mod sila alih yer.