BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kehadiran Calon, Komitmen Bersepadu Sumbang Pencapaian Cemerlang SPM 2025 WPKL

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f15c34cde19644e805d0a160e207dafa69d3af08ed924

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) Megat Affandi Ismail

Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus mencatat peningkatan membanggakan, didorong kehadiran calon yang lebih tinggi di sekolah serta komitmen bersepadu semua pihak.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) Megat Affandi Ismail berkata peratusan calon layak mendapat sijil meningkat kepada 93.35 peratus berbanding 92.82 peratus pada 2024, sekali gus mengekalkan trend peningkatan selama lima tahun berturut-turut.

“Gred Purata Negeri turut bertambah baik kepada 4.57 daripada 4.61 iaitu suatu peningkatan empat tahun berturut-turut, manakala peratus lulus semua mata pelajaran meningkat kepada 56.83 peratus berbanding 56.79 peratus pada 2024,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata peningkatan kehadiran calon ke sekolah kepada 98.47 peratus menjadi antara faktor utama yang memberi impak langsung terhadap penguasaan mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Alhamdulillah, dalam tempoh empat tahun, kehadiran calon meningkat secara signifikan. Kehadiran yang konsisten amat penting bagi memastikan calon menguasai semua mata pelajaran dan layak menerima sijil,” katanya.

Megat Affandi berkata komitmen guru, pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pelaksanaan inisiatif seperti program KGURU dan Melindungi Masa Instruksional (MMI) menjadi pemangkin kejayaan, serta membolehkan guru berkongsi kepakaran antara sekolah sambil mengekalkan fokus pengajaran di bilik darjah.

“KGURU ialah kalau contoh sekolah A dia mengajar, kemudian dia nak guna kepakaran sekolah B ataupun C boleh digunakan. Padahal ketika PDP itu sedang berjalan guru di sekolah C dan D pun boleh mendengar sendiri apa yang guru-guru sekolah A ajar.

“Maksudnya kita jadi team-teaching. Ini merupakan pendekatan yang saya rasa berkesan dan secara tak langsung juga dapat mengurangkan isu MMI kita,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register