BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dedikasi Guru SMKPK Bumbong Lima Pacu Kejayaan Cemerlang SPM 2025

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
21dfb1341c2d9c3275310194a1e26cdb69d21b2be0e01

9d6a9a811eb65e334727df4107c426b869d21d1710f9d

898aeaadac1559889331e5adf107f43369d21dcb1d212

d20927029f9cf882eb8b159e7830ab6b69d21e1dad88f

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Bumbong Lima, Muhammad Hazeem Zikry Mohd Hazree (kiri) dan Muhammad Aqil Aiman Fuzi, menunjukkan keputusan cemerlang Sijil Pelajar Malaysia (SPM) 2025.

Kesungguhan dan dedikasi guru Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Bumbong Lima, di sini mendidik pelajar berkeperluan khas, khususnya yang menghidap autisme membuahkan hasil apabila calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 sekolah itu meraih keputusan cemerlang.

Di sebalik pencapaian itu, terserlah komitmen luar biasa pendidik yang bukan sahaja mengajar mengikut silibus, malah menyesuaikan kaedah pembelajaran mengikut keupayaan individu.

Pengetua sekolah Rosiah Mohamad Ariff berkata kejayaan itu hasil usaha kolektif guru yang tidak berputus asa membimbing murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) untuk menghadapi cabaran pembelajaran dan peperiksaan.

“Guru-guru di sini bukan sekadar mengajar, tetapi menjadi pembimbing, penggerak dan juga rakan kepada pelajar. Mereka memahami keperluan emosi serta tingkah laku pelajar autistik yang memerlukan pendekatan berbeza.

“Ada yang meluangkan masa di luar waktu sekolah untuk memastikan pelajar benar-benar faham sesuatu topik sebelum melangkah ke peringkat seterusnya selain menggunakan pelbagai teknik untuk mengekalkan tumpuan pelajar,” katanya kepada Bernama.

Beroperasi sejak Oktober 2023, sekolah yang dirasmikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek itu menerima semua kategori MBPK, iaitu ketidakupayaan pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, masalah pembelajaran dan ketidakupayaan pelbagai.

Daripada enam calon SPM 2025, terdiri daripada empat menghidap autisme dan dua masalah pembelajaran, semua mereka memperoleh keputusan cemerlang.

Rosiah berkata sekolah itu mempunyai 51 guru namun hanya lapan dengan opsyen pendidikan khas  manakala jumlah pelajar 150 orang.

“Pendekatan yang digunakan termasuk pembelajaran secara visual, pengulangan intensif dan sesi bimbingan individu yang memberi fokus kepada kekuatan setiap pelajar. Saya berterima kasih kepada semua guru kerana begitu komited dan sangat sabar melayan semua anak-anak di sini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register