combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Bumbong Lima, Muhammad Hazeem Zikry Mohd Hazree (kiri) dan Muhammad Aqil Aiman Fuzi, menunjukkan keputusan cemerlang Sijil Pelajar Malaysia (SPM) 2025.
Kesungguhan dan dedikasi guru Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Bumbong Lima, di sini mendidik pelajar berkeperluan khas, khususnya yang menghidap autisme membuahkan hasil apabila calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 sekolah itu meraih keputusan cemerlang.
Di sebalik pencapaian itu, terserlah komitmen luar biasa pendidik yang bukan sahaja mengajar mengikut silibus, malah menyesuaikan kaedah pembelajaran mengikut keupayaan individu.
Pengetua sekolah Rosiah Mohamad Ariff berkata kejayaan itu hasil usaha kolektif guru yang tidak berputus asa membimbing murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) untuk menghadapi cabaran pembelajaran dan peperiksaan.
“Guru-guru di sini bukan sekadar mengajar, tetapi menjadi pembimbing, penggerak dan juga rakan kepada pelajar. Mereka memahami keperluan emosi serta tingkah laku pelajar autistik yang memerlukan pendekatan berbeza.
“Ada yang meluangkan masa di luar waktu sekolah untuk memastikan pelajar benar-benar faham sesuatu topik sebelum melangkah ke peringkat seterusnya selain menggunakan pelbagai teknik untuk mengekalkan tumpuan pelajar,” katanya kepada Bernama.
Beroperasi sejak Oktober 2023, sekolah yang dirasmikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek itu menerima semua kategori MBPK, iaitu ketidakupayaan pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, masalah pembelajaran dan ketidakupayaan pelbagai.
Daripada enam calon SPM 2025, terdiri daripada empat menghidap autisme dan dua masalah pembelajaran, semua mereka memperoleh keputusan cemerlang.
Rosiah berkata sekolah itu mempunyai 51 guru namun hanya lapan dengan opsyen pendidikan khas manakala jumlah pelajar 150 orang.
“Pendekatan yang digunakan termasuk pembelajaran secara visual, pengulangan intensif dan sesi bimbingan individu yang memberi fokus kepada kekuatan setiap pelajar. Saya berterima kasih kepada semua guru kerana begitu komited dan sangat sabar melayan semua anak-anak di sini,” katanya.
Dedikasi Guru SMKPK Bumbong Lima Pacu Kejayaan Cemerlang SPM 2025
SMKPK Bumbong Lima, kemudahan, cemerlang, SPM 2025