BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kecaman orang ramai lariskan jualan telur dadar RM13

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266

Thai-Omelette-Niase.jpeg

Dania menunjukkan menu Thai Omelette Niase yang tular, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kisah seorang peniaga yang tular dengan menu telur dadar RM13, tidak melingkupkan perniagaannya, malah menjadikan menu tersebut semakin laris dan habis terjual sebanyak 200 set dalam masa sehari.

Dania Sedek menerusi Facebook, turut berharap supaya menu tersebut mampu menjadi sumber rezeki kepada peniaga lain terutama yang mengecamnya, sebelum ini.

“200 set telur habis dijual hari ni. Terima kasih ya Allah, rezeki semua pejuang Niase. Semoga asbab Thai Omelette Niase, menjadi punca rezeki peniaga lain.

“Terutamanya peniaga yang mengutuk, mengejek dan menganjing buat video. Semoga Allah limpahkan kalian dengan rezeki melimpah-ruah.

“Saya tak marah, cuma kasihan. Sebab tak tentu hala dah sayu Malaysia dek kerana ‘Teloq Niase’,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan, Dania menerusi akaun TikToknya menjelaskan bahawa terdapat banyak kos bahan mentah lain yang membuatkan harga telur dadar tersebut perlu dinaikkan dari RM8 ke RM13.
Tambahnya, dia meletakkan harga sedemikian sesuai dengan pelbagai bahan sampingan di dalam telur dadar tersebut seperti sos ikan premium, taugeh, cili, dan lain-lain.

Menerusi ruangan komen pula, orang ramai rata-rata mengatakan menu tersebut adalah sesuai berdasarkan bahan-bahan yang digunakan.

Tidak kurang juga yang turut membandingkan harga yang lebih mahal di restoran lain.

“Ada orang telur sebiji, campak bawang, susu sikit, jual RM4. Ni tiga biji telur RM13 dengan taugeh dan bahan lain, insya-Allah berbaloi,” ujar Aqilah Shah.

“Makan kat restoran lain, omelette dia RM30 lebih kot. Tapi terpulang la, ukur baju di badan sendiri, jangan la kecam, rasa mahal tak payah makan, tapi jangan la jatuhkan peniaga Melayu Islam kita,” kata Nur Shafila Ghazali.

“Bagi aku telur tu sesuai dengan harga, yang tak mampu kenapa nak makan?,” soal seorang lagi pengguna,” – KOSMO! ONLINE

try makan telor rebus kuning buang, buh kicap sikit sehari 20 biji + intermittent fasting buat 3 bulan perghh padu.

kentut pun padu.
 
Ko makan kat kedai sanusi sudah la

Org lain punya duit pun nak bising
Dia punya pasal le

Itu laaa..sapa suh keje malas2
Nak beli telo sepapan pun mengeluh 😂

Ckp bod0 kang marah plak
 
‘Omelette RM13’ terjual 200 set sehari! Peniaga goreng telur hingga dapur hangus​

telur.png

Omelette yang dijual dengan harga RM13 oleh seorang peniaga makanan telah menjadi perhatian ramai dan menghadirkan pelbagai maklum balas netizen.

Peniaga tersebut turut menunjukkan cara memasak dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat omelette tersebut sehingga ‘layak’ berharga RM13.

Jualan meningkat hingga 200 set sehari​

Namun begitu, walaupun teruk dikecam di media sosial, peniaga dikenali sebagai Dania Sedek telah memaklumkan yang jualan telur dadar Thai di kedainya meningkat sehingga terjual 200 set dalam masa sehari.

Tak menang tangan goreng telur

Dia juga akui tersenyum bahagia apabila tidak henti menerima pesanan telur dadar tersebut selepas isu berkenaan viral di media sosial sehingga dapur tempat menggoreng hangus.

Dia juga meminta orang ramai yang menghinanya kini menunggu waktu untuk melihatnya berjaya membuka sebuah restoran mewah suatu masa nanti.

Peniaga Di Kecam Jual Telur Dadar ‘Premium’ Harga RM13, Katanya Ada Bahan Istimewa

01.09.2023 - Menurutnya, harga telur dadar ‘premium’ itu dinaikkan daripada RM8 kepada RM13 kerana peningkatan kos bahan mentah. Umum sedia maklum, kos bahan mentah di negara kita sudah makin meningkat dan menyebabkan harga makanan juga terpaksa dinaikkan lebih-lebih lagi untuk menampung perbelanjaaan perniagaan. Baru-baru ini, seorang peniaga wanita menjadi perhatian di media sosial apabila mendedahkan harga jualan bagi menu telur dadar ‘premium’ adalah RM13. Harga berkenaan membuatkan ramai yang tidak berpuas hati kerana menganggap menu tersebut tidak sepatutnya semahal itu.

Peniaga Perjelas Kenapa Jual Telur Dadar RM13
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@daniasedek), peniaga wanita tersebut memberi penjelasan mengapa dia menjual hidangan telur dadar ‘premium’ itu dengan harga RM13. Difahamkan, harga telur dadar yang diberi nama ‘Omelette Thai With Prik Na Pla’ sebelum ini adalah RM8 tetapi terpaksa dinaikkan ekoran dari kenaikan harga kos bahan mentah. Jelasnya lagi, harga sedemikian ditetapkan kerana mengambil kira bahan-bahan lain yang dimasukkan di dalam telur dadar seperti tiga biji telur grad A, sos ikan, taugeh, cili dan lain-lain.

Uish kalau ada lauk dalam telur dadar, tak boleh letak RM13. Insya-Allah harga mampu milik untuk semua orang. Jangan tengok harga tapi tengok apa yang diletakkan dalam telur dadar.
Peniaga.

Bukan itu sahaja, minyak masak yang digunakan untuk memasak setiap telur dadar dipercayai diganti dengan yang baharu. Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.6 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.

Netizen Tak Puas Hati Dengan Harga Telur Dadar RM13

Di ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan rasa ketidakpuasan hati dengan harga RM13 yang ditetapkan untuk menu hidangan telur dadar ‘premium’. Malah, netizen juga berpendapat bahawa harga telur dadar berkenaan agak keterlaluan dan tidak sesuai untuk dijual jika berada di bukan kawasan tumpuan. Mereka juga berpendapat harga sedemikian itu hampir sama dengan jumlah harga untuk hidangan lengkap bersama nasi putih, tomyam dan minuman.
telur-dadar-premium-rm13-1.jpg

Setiap peniaga ada strategi masing-masing untuk berniaga dan meraih pelanggan. Tidak dinafikan harga RM13 untuk hidangan telur dadar ‘premium’ agak mahal. Tetapi jika anda mahu mencuba sendiri hidangan ini, apa salahnya.

Sumber: TikTok Dania Sedek
 
wau.. baru tau goreng telur dadar cam goreng pisang. minyak kena tukar. setakat yang ambe tau, diorang guna minyak tak bagi lekat telur tu kat kuali. nape nak kena tukar minyak?

satu lagi, biar betul laku sampai 200 hidangan?
 
Back
Top
Log in Register