kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
Bella tidak teragak-agak untuk saman netizen disebabkan kecaman melampau sehingga melibatkan darah dagingnya.
Kecam sampai libat anak, Bella Astillah nak saman netizen PETALING JAYA – “Insya-Allah akan buat (fail saman fitnah). Terima kasih, saya hargai.”
Demikian respons penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang bakal mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman fitnah terhadap netizen yang didakwa menyebarkan kecaman melampau terhadap dirinya.
Perkara tersebut bermula selepas seorang individu tampil menasihati pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, untuk melantik peguam dan mengumpul bukti bagi memfailkan saman fitnah menerusi platform Threads.
“Kali ini Bella kena lantik peguam untuk kes fitnah.
“Kutip semua ID (nama pengguna) dan saman mereka,” katanya dalam Threads.
Rata-rata menyokong keputusan pelantun lagu Lebih Indah Berpisah dan menyifatkan kecaman dilemparkan melampaui batas.
“Pembenci memang dah melampau, saya beberapa bulan lepas pun ada ‘tagged’ (menandai) Bella supaya saman saja,” kata netizen.
“Teruskan Bella, ajar mereka. Jangan diam, lagi makin teruk kecaman yang mereka berikan,” ujar peminat.
“Alhamdulillah, ini adalah tindakan terbaik yang diambil, kami sentiasa bersama awak,” tutur pengikut.
Difahamkan, segelintir pihak bertindak keterlaluan sehingga melibatkan anak-anak Bella iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna dalam kecaman yang dilemparkan.
Malah, sebuah video yang menyaksikan Ara menari turut dijadikan isu dan bahan untuk mencari kesalahan Bella meskipun dia memilih untuk berdiam diri. – KOSMO! ONLINE
==============================
Adoi Bella ni, sampai anak2 pun kena kecam, mulut netizen mmg xde insurance! Kat IG pun nampak relax je dgn family, semoga kuat lah. Kesian jugak tgok semua ni. Malas nak dengar drama lagi!
Kecam sampai libat anak, Bella Astillah nak saman netizen
Perkara tersebut bermula selepas seorang individu tampil menasihati pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, untuk melantik peguam dan mengumpul bukti bagi memfailkan saman fitnah menerusi platform Threads.
www.kosmo.com.my