BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Cukuplah, dia dah bertunang’ – Muaz jawab video ‘mesra’ libat Bella Astillah

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
BELLA-MUAZ-HENTIKAN.jpeg

MUAZ berharap orang ramai berhenti bercerita tentang spekulasi mahupun kisah lalunya bersama Bella Astillah. - SADDAM YUSOFF

“Cukuplah, dia dah bertunang” – Muaz jawab video ‘mesra’ libat Bella Astillah PETALING JAYA – “Sudah dua tahun berlalu, cukup-cukuplah.”

Demikian kata pelakon Muaz Zabir apabila diminta mengulas tentang ugutan seorang individu yang ingin mendedahkan video ‘mesra’ melibatkan dirinya dan pelakon Bella Astillah.

Sedar kekecohan yang berlalu di platform laman sosial Threads itu, Muaz memohon maaf selain berharap orang ramai berhenti bercerita tentang spekulasi mahupun kisah lalu mereka.

“Masing-masing sudah pun bahagia, seorang sudah bertunang dan saya juga sudah melalui pelbagai fasa kehidupan.

“Saya mohon kepada semua termasuk netizen supaya kita bergeraklah ke hadapan kerana bumi kita pun berpusing. Tidak mungkin kita hendak berdiri di situ sahaja,” ujar Muaz.

Sungguhpun begitu, Muaz sedar bahawa dia tidak mampu mengawal pandangan dan pendapat orang tentang dirinya.

“Saya tidak boleh halang apa cerita yang hendak dikeluarkan oleh orang ramai. Kita tahu manusia ada sifat hasad dengki dan iri hati.

“Jadi, perkara sebegini saya tidak boleh elak. Cuma, saya mengharapkan kita semua buka buku baharu dan menjadi orang yang lebih baik,” katanya yang ditemui pada acara tayangan perdana drama terbaharu lakonannya, Dorm 403 di Rasta, TTDI semalam.

Selain Muaz, drama yang mula bersiaran pada 15 April di slot Samarinda TV3 dan iQIYI turut dibintangi Dynas Mokhtar, Noki, Zairi Aziz, Gbril, Evertts Gomes, Nik Rifaie, Muhsin Nadzli serta Puteri Aleeya. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alaa Muaz ni, celebrate je lah engagement life baru tu dgn suka2. Instagram Bella kan penuh happy2 lately. Move on laa, dunia pun dh pusing kita pun patut pusing. 😏

 
Back
Top
Log in Register