BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebakaran Tanah Gambut: Unit Udara JBPM Dijangka Mulakan Kaedah Pengeboman Air Hari Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,163
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,163
Reaction score
346
Points
141
8aa46a7547f5bee6e849d012ecbaafa26979b9ed76cba

bed4e78ba8972603dfa605636b7809276979b9fd43eb1

939eca85d1cb4c5a3cb03673d8bc74286979b9ddbf515


Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dijangka memulakan kaedah 'pengeboman air hari ini dalam usaha meredakan kebakaran tanah gambut hampir 100 hektar sejak Jumaat lepas, di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bahagian Udara JBPM Mohd Ruzaidi Ramlee berkata helikopter MI-17-IV bersama dua juruterbang dan 13 kru akan berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah, Subang, Selangor pagi ini dan dijangka tiba kira-kira 10 pagi.

“Penggunaan helikopter hanya efisien kepada kebakaran permukaan tanah. Selain pemadaman api, helikopter juga digunakan untuk membuat fire break serta penghantaran anggota dan peralatan ke tempat sukar diakses melalui jalan darat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Helikopter dilengkapi peralatan Bambi Bucket berkapasiti 1,590 liter untuk pemadaman kebakaran hutan melalui kaedah Fire Bucket itu akan dikendalikan dua juruterbang, iaitu Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hasrizal Kamaruzzaman dan Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Hafiz Sulaiman.

Sebanyak 13 kru yang terlibat pula terdiri dua jurutera penerbangan, lima kuartermaster udara, empat daripada Pasukan Khas Udara Bomba (Paskub) dan dua bowserman.

Mohd Ruzaidi berkata mereka akan membuat tinjauan udara terlebih dahulu bagi mengetahui keadaan semasa kebakaran bagi perancangan misi pemadaman selanjutnya bersama komander operasi.

Operasi pemadaman kebakaran mencapai 50 peratus setakat 7 malam tadi, apabila bomba yang dibantu pelbagai agensi, mengawal dan memadam kira-kira 49.8 hektar daripada keseluruhan 99.55 hektar kawasan kebakaran, dengan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu.

Operasi turut mendapat kerjasama agensi luar termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Majlis Perbandaran Pengerang, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Alam Sekitar.

 
Back
Top
Log in Register