BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebaikan Kopi

dyla shahri

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,918
Joined
Dec 2, 2009
Messages
22,918
Reaction score
1,040
Points
191
Kopi sering dianggap sebagai minuman yang tidak baik untuk kesihatan walaupun tidak ada kajian yang dapat membuktikannya setakat ini.
Antara puncanya adalah kerana kandungan kafein yang terdapat di dalam kopi.

Kajian mendapati kandungan kafein di dalam kopi adalah sekitar 1% sahaja. Kafein pula akan menjadi lemah apabila bergabung dengan protein dari susu.
Antara khasiat meminum kopi adalah seperti berikut :


1. Mengembangkan salur darah.
Kerana itulah minum kopi dapat menghilangkan mengantuk.

Apabila salur darah mengembang, lebih banyak darah (beserta oksigen) yang dapat dihantar ke bahagian badan antaranya otak. Ia juga akan dapat menghalang pengumpulan toksik di dalam otak.
Menghidu bau kopi sudah cukup menyegarkan.

2. Meningkatkan daya denyutan jantung dan nadi.
Darah akan bergerak lebih lancar dan keupayaan bekerja akan meningkat.

3. Menjadikan usus lebih aktif.
Ini akan membantu tubuh menyerap nutrient dengan lebih baik dan dapat mengurangkan kemungkinan sembelit.

4. Meransang kelenjar perut untuk membebaskan lebih banyak bahan penghadaman.
Ini baik bagi membantu penghadaman makanan yang lebih
sempurna lebih-lebih lagi makanan yang tidak dikunyah secara sempurna.


Minum kopi selepas makan telah menjadi budaya masyarakat Barat. Namun bagi orang Asia, ia sering dilihat dalam perspektif yang negatif walhal khasiatnya amat banyak.
Jika anda masih bimbang, terdapat banyak kopi tanpa kafein di pasaran hari ini.

Kopi, seperti makanan atau minuman apa sekalipun, jika diambil secara berlebihan pasti akan memberi mudarat. Kajian mendapati tikus yang diberi kopi sahaja akan mengalami kematian.
Islam mengajar umatnya agar sentiasa bersederhana. Makan dan minum secara bersederhana adalah baik untuk kesihatan.
Seperti mengambil kopi yang berlebihan adalah memudaratkan, minum madu, makan nasi, hatta minum air kosong secara berlebihan pun akan memberi mudarat. Yang penting bersederhana.

Kopi yang dimaksudkan di sini adalah kopi dari biji kopi. Bukan kopi campuran atau kopi segera yang dihasilkan dengan mencampurkan perbagai bahan.
Berhati-hatilah mengambil kopi segera kerana khasiatnya tidaklah seperti yang diwar-warkan seperti yang diingatkan oleh beberapa persatuan pengguna beberapa tahun lepas.
Terdapat riwayat menyatakan bahawa kopi adalah antara minuman kegemaran Baginda Nabi Muhammad s.a.w selain madu dan susu.

Wallahualam


wpid-IMG-20130925-WA0017.jpg
 
Thread yang kita baca adalah pro dan saya bagi con

Aku penggemar kopi arabika sebab kafein dia rendah dari kopi robusta, saranan saya sesiapa pengidap tekanan darah tinggi jangan kerap minum kopi tak sesuai, itu sahaja yang saya tahu.

Minum kopi banyak-banyak jadi sembelit pula.
 
Dulu teringat satu cerita yang diforward...
Menceritakan kebaikan kopi yg Nabi sendiri pn suka kopi...
Utk menarik minat org minum kopi...
Walhal minuman kegemaran Nabi bkn la kopi...
Agenda utk melariskan starbuck dan seangkatan dgnnya yg mana dlu org boikot starbuck...
 
Dulu teringat satu cerita yang diforward...
Menceritakan kebaikan kopi yg Nabi sendiri pn suka kopi...
Utk menarik minat org minum kopi...
Walhal minuman kegemaran Nabi bkn la kopi...
Agenda utk melariskan starbuck dan seangkatan dgnnya yg mana dlu org boikot starbuck...

Kopi starbuck, mc Donald dan cbtl saya tak minum sebab kopi dia tak segar sebab simpan terlalu lama, kopi boleh simpan dalam masa seminggu sahaja lepastu semakin kurang kesegaran dia.
 
dkt pasar malam skang dah jarang jumpa kopi kampung.. biji kopi dah siap2 panggang.. bila order dia blend kt situ gak..

kt dalam supermarket ada jual biji kopi yg belum blend.. jenama colombia kalau tak silap.. ataupun pegi kt section organik utk cari biji kopi.. kt dalam AEON big pun ada biji kopi yg belum blend.. tapi tak fresh la..
 
Back
Top
Log in Register