BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebaikan SARAPAN PAGI

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
1000199083.jpg


JOM SARAPAN PAGI

Mulakan hari anda dengan bersarapan pagi secara sihat, seimbang dan pelbagai. Banyak manfaat yang diperolehi apabila mengambil sarapan di waktu pagi setiap hari. Sebaiknya, ambil sarapan selepas jam 7 pagi dan sebelum jam 9 pagi.

Sumber : Nutritionist Sabah
 
1000216595.jpg


Mungkin ada daripada kita yang kurang gemar sarapan pagi 🌤️ atas pelbagai faktor seperti tidak mempunyai banyak waktu 🕘, keluar rumah pada awal pagi 🚙 dan mungkin juga malas atau tidak selera 💤.

Apapun alasan yang anda akan berikan, sarapan 🍜 tetap menjadi hidangan yang paling penting dalam satu hari tersebut.

Jika anda ‘skip’ waktu sarapan pagi 🥪 anda, anda juga sebenarnya telah ‘skip’ manfaat 👍🏻 bersarapan pagi.
 
1000291144.jpg


Sarapan adalah sajian awal perlu diambil setiap hari. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah.

Sajian ini membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.

Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
 
Back
Top
Log in Register