BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keahlian Wawasan berwajah Malaysia, kata setiausaha agung

afwan83

Active+ Member
Messages
3,226
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,226
Reaction score
12
Points
25

Keahlian Wawasan berwajah Malaysia, kata setiausaha agung​

3664e8b5-wawasan-fb-pic-23626.jpg

Setiausaha Agung Saifuddin Abdullah kata keahlian Wawasan harus selari dengan komposisi demografi rakyat. (Gambar Facebook)

Saifuddin menerangkan pendekatan keahlian itu berkait rapat dengan usaha mewujudkan ‘konfigurasi politik yang stabil’, iaitu kerajaan yang mendapat sokongan golongan majoriti serta kelompok minoriti dalam jumlah yang signifikan.

“Kita ingin menjadi ‘parti berwajah Malaysia’ yang terbuka keahliannya buat setiap rakyat. Keahliannya harus selari dengan komposisi demografi rakyat,” tulisnya dalam ruangan Merentas Ruang yang diterbitkan Sinar Harian.

“Ini berkait rapat dengan usaha mewujudkan konfigurasi politik yang stabil, iaitu kerajaan yang mendapat sokongan majoriti daripada golongan majoriti dan majoriti (atau sekurang-kurangnya angka signifikan) daripada golongan minoriti,” tulisnya.

Saifuddin berkata Perlembagaan dan Rukun Negara menjadi panduan utama Wawasan, dengan kerangka berasaskan kesederhanaan.

“Kita merayakan kepelbagaian rakyat, hidup bersama dalam budaya damai, dan setiap orang memainkan peranan dan menerima manfaat dengan saksama,” katanya.

Saifuddin menambah ‘Konsensus Nasional Baru’ yang dibawa Wawasan merupakan suatu gagasan yang komprehensif dan mengarah ke masa depan.

“Konsensus ini tercapai dengan cara ‘bersetuju untuk bersetuju’ atas perkara-perkara asas atau pokok, fundamental dan substantif, serta ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ atas perkara-perkara cabang atau ranting, tambahan-tambahan dan bentuk-bentuk luaran,” katanya.

Katanya, matlamat membina Malaysia yang lebih baik, maju, makmur dan bahagia akan direalisasikan melalui ‘matlamat bersama’, kemakmuran bersama’ dan ‘tadbir urus berperikemanusiaan’.

“Ini menuntut reset dilakukan dalam dasar-dasar, sistem-sistem dan institusi-institusi seluruh kehidupan rakyat,” katanya.

Wawasan merupakan penjenamaan semula Parti Cinta Malaysia, selepas diambil alih oleh bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin.

Pembentukan Wawasan ini menyusuli gerakan ‘Reset’, yang dilancarkan Hamzah selepas beliau dipecat Bersatu.

Wawasan merupakan parti komponen Perikatan Nasional.
 
Back
Top
Log in Register