BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kolaborasi agung elak pertembungan politik merugikan, kata Zahid

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Kolaborasi agung elak pertembungan politik merugikan, kata Zahid​

4b68c09c-d01e-4e20-8e78-ea22b155112e-PAU-2026-110926.jpg

Presiden Umno Zahid Hamidi, berkata kolaborasi agung bukan mahu menggabungkan parti politik, sebaliknya membina titik temu antara parti.

Dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026, beliau berkata, gagasan itu bukan bertujuan menggabungkan parti politik, sebaliknya membina titik temu antara parti tanpa memaksa mana-mana pihak mengorbankan identiti.

“Gagasan ini menuntut kita untuk mewujudkan persefahaman politik antara gabungan parti-parti politik yang sedia ada di negara kita.

“Kolaborasi agung ini bukan merupakan penggabungan parti. Sebaliknya, ia adalah persefahaman bagi mengelakkan pertembungan yang merugikan. Saya ulangi, bagi mengelakkan pertembungan yang merugikan,” katanya.

Beliau berkata, persefahaman politik atau ‘tahaluf siyasi’ itu perlu berasaskan persamaan demi maslahat umum, selain menghormati perbezaan ideologi, identiti, dan pendirian setiap parti.

Katanya, prinsip toleransi dan sikap anjal dalam membuat keputusan juga perlu menjadi asas kepada persefahaman itu.

“Persefahaman ini bukan hanya kerana kita mempunyai musuh yang sama. Persefahaman ini insyaallah akan mewujudkan kestabilan politik negara, merancakkan ekonomi demi kemakmuran, menjamin keadilan kepada semua, memperkukuhkan perpaduan rakyat dan antara wilayah.

“Dan paling penting ialah kita mahu mewujudkan sebuah negara yang aman damai dan mendapat kemakmuran daripada Allah,” katanya.

Namun, katanya, sebarang persefahaman politik mesti berlandaskan kepercayaan dan tidak boleh disertai pengkhianatan terhadap perjanjian yang telah dipersetujui.

“Jangan ada dusta di antara kita. Jangan ada khianat mengkhianati. Jangan bina persefahaman pada waktu siang, tetapi merancang menjatuhkan rakan di malam hari. Jangan perjanjian ditandatangani dalam masa yang sama ia dimungkiri.

“Jika kerbau diikat pada talinya, manusia mesti diikat dengan janjinya,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register