BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KDN Rangka Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2026-2030

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141
2392ae81dc235a0a6532960626a9c8f76911c3dfca7a8

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua,kanan) melawat ruang pameran pada Majlis Sambutan World Day Against Trafficking In Persons (WDAT) 2025 di Marriott Hotel hari ini.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses merangka Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2026-2030 (NAPTIP 4.0) sebagai kesinambungan kepada kejayaan NAPTIP 3.0.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pelan baharu itu akan menumpukan terhadap pengenalpastian mangsa dalam sektor berisiko tinggi, peningkatan keupayaan siasatan dan pendakwaan, termasuk melibatkan penjawat awam yang bersalah dan meningkatkan akses jurubahasa dan koordinasi  serta pengurusan kes.

“Ia termasuk pemerkasaan peranan Victim Assistance Specialist di Sabah dan Sarawak, integrasi data, digitalisasi penguatkuasaan dan standardisasi perlindungan mangsa di seluruh negara, serta memantapkan kerjasama rentas agensi dan antara kerajaan dengan badan bukan kerajaan untuk membina ekosistem respons nasional yang lebih tangkas dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demkian dalam sidang media selepas menghadiri Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia (WDAT) di sini hari ini.

Pelaksanaan NAPTIP 3.0 telah membuahkan hasil positif apabila Malaysia mengekalkan penarafan Tahap 2 (Tier 2) dalam laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang 2025 pada 30 Sept di Washington.

Saifuddin Nasution berkata penarafan itu mencerminkan pengiktirafan antarabangsa kepada usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh mekanisme pengawalseliaan, memutuskan rangkaian sindiket, meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban agensi, serta memperkukuh pemulihan berasaskan mangsa.

“Kerajaan kekal teguh dengan prinsip zero tolerance terhadap pemerdagangan orang yang merupakan satu jenayah keji yang menafikan maruah dan kebebasan manusia,” katanya.

NAPTIP 3.0 dilancarkan pada Mac 2021 dan ia dokumen strategik yang menggariskan segala perancangan dan usaha bagi membanteras pemerdagangan orang di Malaysia dalam tempoh berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register