BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Rangka Pelan Pembangunan Harta Intelek Sabah 2026–2030

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

KPDN Rangka Pelan Pembangunan Harta Intelek Sabah 2026–2030​

200cb17f6a4d48e3bee12e93f31d34e7692bc5fd4cd1c

Datuk Armizan Mohd Ali

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sedang membangunkan mekanisme perlindungan harta intelek komprehensif di negeri ini melalui Pelan Pembangunan Harta Intelek Sabah 2026–2030.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dalam kenyataan hari ini berkata inisiatif itu adalah antara agenda kerajaan untuk memperkasakan ekonomi berteraskan inovasi dan harta intelek (IP).

"Pengukuhan ini dibuat melalui perlindungan IP, pembangunan penilaian IP, pembiayaan berasaskan IP serta peluasan pasaran produk tempatan menerusi penjenamaan strategik Sabah," katanya.

Armizan berkata pelan berkenaan akan memberikan fokus kepada pembangunan ekosistem harta intelek yang lebih bersepadu, termasuk mengenal pasti Petunjuk Geografi (GI) baharu bagi produk bernilai tinggi seperti produk pertanian tanah tinggi, rumpai laut dan kraf tangan tempatan.

Usaha ini, katanya, penting bagi memastikan kekayaan biodiversiti, warisan budaya serta kearifan lokal Sabah dapat diterjemahkan kepada sumber ekonomi yang memberikan manfaat secara terus kepada rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Armizan mendedahkan bahawa setakat April 2026, Malaysia telah merekodkan sebanyak 130 GI berdaftar, dengan 31 daripadanya berasal dari Sabah.

Pencapaian tersebut sekali gus meletakkan negeri itu sebagai antara penyumbang utama kepada portfolio GI negara, menerusi produk terkenal seperti Sabah Tea, Kopi Tenom, Minyak Kelapa Dara Borneo, Rumpai Laut Sabah, Koko Tawau, Halia Tambunan dan Batik Sabah.

Mengulas tentang penganjuran Program Jelajah Harta Intelek, beliau menyifatkan inisiatif baharu itu sebagai satu pendekatan proaktif untuk mengenal pasti dan memperkasakan potensi produk tempatan.

Beliau berkata pemilikan harta intelek dalam pelbagai bentuk seperti perlindungan GI, cap dagangan, paten dan hak cipta mampu meningkatkan daya saing produk tempatan untuk bersaing pada peringkat domestik serta antarabangsa.

 
Back
Top
Log in Register