BTC USD 81,115.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Miskin vs. Kaya, Lemah vs. Kuat

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Zuhair bin Harb, diceritakan oleh Isma'il bin Ibrahim, daripada Ayyub, daripada Abu Raja' Al 'Utharidi, daripada Ibnu 'Abbas,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Aku melihat syurga,
maka terlihat olehku
kebanyakan penghuninya ialah
orang yang miskin.

Dan aku menengok pula ke neraka,
maka kelihatan olehku
kebanyakan penghuninya ialah
kaum wanita."


(Hadith Muslim no. 4920)


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
1760527517280.png


Hadits Bukhari no. 3329
Status: Sohih - Ijma’ ulama’

Matan:
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir (radhiyallahu ‘anhu),

“Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam pada suatu hari keluar.
Lalu mendirikan solat jenazah
ke atas para syuhada Uhud.

Kemudian baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) berpaling menuju ke mimbar.
Lalu bersabda,

“Sesungguhnya aku adalah pendahulu kalian.
Dan aku menjadi saksi atas kalian.

Demi Allah.
Sesungguhnya, aku sedang melihat telagaku (al-Haud) di syurga.

Dan sesungguhnya aku telah dikurniakan
kunci-kunci khazanah (kekayaan) bumi.

Demi Allah.
Selepas peninggalanku nanti,
aku tidak takut
kalian akan melakukan syirik.

Tetapi aku takut
kalian akan saling berlumba-lumba
dalam kemewahan dunia.”


Nota penting
Ambillah ilmu yang benar
daripada pencinta sunnah yang jujur.
Sesungguhnya, Allah membenci orang yang petah berbicara.
Tetapi dia sendiri malas melakukannya.
Tanpa
alasan yang benar.

Teks Arab
حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ شُرَحْبِيلٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ يَزِيدَ عَنْ أَبِي الْخَيْرِ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يَوْمًا فَصَلَّى عَلَى أَهْلِ أُحُدٍ صَلَاتَهُ عَلَى الْمَيِّتِ ثُمَّ انْصَرَفَ إِلَى الْمِنْبَرِ فَقَالَ إِنِّي فَرَطُكُمْ وَأَنَا شَهِيدٌ عَلَيْكُمْ إِنِّي وَاللَّهِ لَأَنْظُرُ إِلَى حَوْضِي الْآنَ وَإِنِّي قَدْ أُعْطِيتُ خَزَائِنَ مَفَاتِيحِ الْأَرْضِ وَإِنِّي وَاللَّهِ مَا أَخَافُ بَعْدِي أَنْ تُشْرِكُوا وَلَكِنْ أَخَافُ أَنْ تَنَافَسُوا فِيهَا
 
Last edited:
1769407620429.png


1769407637375.png


Hadits Tirmidzi no. 2386
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada al-Miswar ibn Makhramah (radhiyallahu `anhu),

“`Amr ibn `Awf, sekutu Bani `Amir ibn Lu’ayy.
Dan beliau telah menyertai Perang Badr
bersama Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam.

Daripada `Amr ibn `Awf (radhiyallahu `anhu),

“Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam telah mengutus Abu `Ubaydah ibn al-Jarrah.
Lalu beliau (Abu `Ubaydah) datang membawa harta
dari al-Bahrayn (Bahrain).

Dan kaum Ansar mendengar tentang kedatangan Abu `Ubaydah.
Lalu mereka menghadiri solat Fajr (Subuh)
bersama Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam.

Setelah Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam selesai solat,
baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) beredar.

Tetapi mereka (kaum Ansar) menghadang baginda (sallallahu `alayhi wa sallam).

Lalu Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam tersenyum melihat mereka.

Kemudian baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Aku rasa kalian telah mendengar
bahawa Abu `Ubaydah datang membawa sesuatu.”

Mereka (kaum Ansar) berkata,
“Benar, wahai Rasul Allah.”

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Bergembiralah.
Dan harapkanlah apa yang menggembirakan kalian.

Demi Allah.
Bukan kemiskinan yang aku takuti
menimpa kalian.

Tetapi aku takut dunia (kekayaan) dilimpahkan ke atas kalian.
Sepertimana ia telah dilimpahkan ke atas
orang sebelum kalian (umat terdahulu).

Lalu kalian berlumba-lumba mengejarnya.
Sepertimana mereka berlumba-lumba mengejarnya.

Lalu ia (kekayaan itu) membinasakan kalian.
Sepertimana ia membinasakan mereka.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا سُوَيْدُ بْنُ نَصْرٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ مَعْمَرٍ وَيُونُسَ عَنْ الزُّهْرِيِّ أَنَّ عُرْوَةَ بْنَ الزُّبَيْرِ أَخْبَرَهُ أَنَّ الْمِسْوَرَ بْنَ مَخْرَمَةَ أَخْبَرَهُ أَنَّ عَمْرَو بْنَ عَوْفٍ وَهُوَ حَلِيفُ بَنِي عَامِرِ بْنِ لُؤَيٍّ وَكَانَ شَهِدَ بَدْرًا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ فَقَدِمَ بِمَالٍ مِنْ الْبَحْرَيْنِ وَسَمِعَتْ الْأَنْصَارُ بِقُدُومِ أَبِي عُبَيْدَةَ فَوَافَوْا صَلَاةَ الْفَجْرِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصَرَفَ فَتَعَرَّضُوا لَهُ فَتَبَسَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ رَآهُمْ ثُمَّ قَالَ أَظُنُّكُمْ سَمِعْتُمْ أَنْ أَبَا عُبَيْدَةَ قَدِمَ بِشَيْءٍ قَالُوا أَجَلْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَأَبْشِرُوا وَأَمِّلُوا مَا يَسُرُّكُمْ فَوَاللَّهِ مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا فَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ
 
Last edited:
1765883811799.png


Hadits Nasa’i no. 3127
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada bapa Mus`ab ibn Sa`d (Sa`d ibn Abi Waqqas radhiyallahu `anhu),

“Dia menyangka dirinya mempunyai kelebihan ke atas
orang-orang yang dianggap lebih lemah daripadanya
di kalangan para sahabat Nabi sallallahu `alayhi wa sallam.

Maka bersabdalah Nabi Allah sallallahu `alayhi wa sallam,

“Sesungguhnya Allah menolong umat ini
dengan orang-orang yang lemah
dalam kalangan mereka.

Dengan doa mereka (orang yang lemah),
solat mereka
dan keikhlasan mereka.”

Nota penting
Sebarkan dan beramal hanya dengan ilmu yang sahih.
Kerana sesiapa berdusta atas nama Rasul Allah, tempatnya di neraka!
Dan sesiapa yang menyampaikan sesuatu
tetapi tidak melakukannya tanpa sebab yang dibenarkan,
dicela oleh Allah di dalam al-Qur’an!

Teks Arab

أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِدْرِيسَ قَالَ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصِ بْنِ غِيَاثٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ مِسْعَرٍ عَنْ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ أَبِيهِ
أَنَّهُ ظَنَّ أَنَّ لَهُ فَضْلًا عَلَى مَنْ دُونَهُ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا يَنْصُرُ اللَّهُ هَذِهِ الْأُمَّةَ بِضَعِيفِهَا بِدَعْوَتِهِمْ وَصَلَاتِهِمْ وَإِخْلَاصِهِمْ
 
1773899592668.png


Hadits Bukhari no. 4701
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Sahl (ibn Sa`d radhiyallahu `anhu),

“Seorang lelaki lalu
di hadapan Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam.

Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bertanya (pada para sahabat),
“Apa pendapat kalian
tentang orang ini?”

Mereka (para sahabat) menjawab,
“Wajar,
jika dia meminang,
nescaya akan dinikahkan.

Jika dia memberi syafa`at (perantaraan),
nescaya akan diterima.

Jika dia berkata,
nescaya akan didengari.

Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) diam.

Kemudian seorang lelaki
daripada golongan muslim yang miskin lalu.

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bertanya lagi,
“Apa pendapat kalian
tentang orang ini?”

Mereka (para sahabat) menjawab,
“Wajar,
jika dia meminang,
nescaya tidak dinikahkan.

Jika dia memberi syafa`at (perantaraan),
nescaya tidak diterima.

Jika dia berkata,
nescaya tidak didengari.

Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,
“Orang ini lebih baik
daripada seluruh isi bumi seperti ini.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ حَمْزَةَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ سَهْلٍ قَالَ
مَرَّ رَجُلٌ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا تَقُولُونَ فِي هَذَا قَالُوا حَرِيٌّ إِنْ خَطَبَ أَنْ يُنْكَحَ وَإِنْ شَفَعَ أَنْ يُشَفَّعَ وَإِنْ قَالَ أَنْ يُسْتَمَعَ قَالَ ثُمَّ سَكَتَ فَمَرَّ رَجُلٌ مِنْ فُقَرَاءِ الْمُسْلِمِينَ فَقَالَ مَا تَقُولُونَ فِي هَذَا قَالُوا حَرِيٌّ إِنْ خَطَبَ أَنْ لَا يُنْكَحَ وَإِنْ شَفَعَ أَنْ لَا يُشَفَّعَ وَإِنْ قَالَ أَنْ لَا يُسْتَمَعَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذَا خَيْرٌ مِنْ مِلْءِ الْأَرْضِ مِثْلَ هَذَا
 
Back
Top
Log in Register