ebizz
Active Member
- Messages
- 1,091
- Joined
- Nov 17, 2007
- Messages
- 1,091
- Reaction score
- 36
- Points
- 40
Salam,
Pakcik setuju dengan pelbagai pandangan yang diberikan
rata2 mempunyai pengalaman dalam bidang pelaburan modal.
boleh pakcik cakupkan di sini, pelaburan ni boleh
dikategorikan pada 3 bahagian:
1. Untung/Risiko Tinggi
2. Untung/Risiko sederhana
3. Untung/Risiko rendah
ini cuma berdasarkan pada pengetahuan sejengkal
pada pakcik.
1. Untung/Risiko tinggi
Cth : FOREX,Comodities, Shares/Stocks etc
Pulangan dari pelaburan yang sebegini mampu
jana 1k dalam 1 jam/hari atau sebaliknya.
"Rules of Thumb", sanggupkah kita hilang
wang sebegitu banyak coz pada pakcik cth 1K
sangat besar tapi pada sesetengah orang sebaliknya.
2. Untung/Risiko sederhana
Cth: Saham Amanah (pelbagai Bank tawarkan)
produk ni buat masakini amat
popular di Malaysia, disebabkan purata pengetahuan
pelaburan yang berisiko tinggi agak rendah dan
golongan pemodal lebih ramai ,
maka Saham Amanah adalah pilihan
yang tepat. ada diberitakan Saham Amanah yang mampu
mencapai pulangan hingga 50% setahun. Ini terserah
pada budi bicara pengurus dana yang dipilih.
3. Untung/Risiko Rendah
Cth: paling mudah dikenali spt "Fixed Deposit", Bon
Kerajaan etc. yang ni memang ada jaminan dari pihak
yang menawarkannya. cuma pulangannya purata 4% hingga 6%
setahun (correct me if Im wrong). Cuma organisasi
atau orang perseorangan yang bermodal 6 angka ke atas
biasanya terlibat di sini.
Kesimpulannya, modal yang paling utama bukannya $$$$$
tetapi pengetahuan, jika ilmu dah ada dan dah diuji
untuk tahan sejauh mana. maka sdr/i boleh memilih mana2
pelaburan yang menepati ilmu di dada.
SJ
www.fk-forextreme.com
hai, saya dah tengok siggy tu. Tapi tak berapa faham la. Leh PM saya tak. Tq
