BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kastam Kedah Rampas Dadah Bernilai Hampir RM1.8 Juta Di Perairan Yan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Kastam Kedah Rampas Dadah Bernilai Hampir RM1.8 Juta Di Perairan Yan​

fa757ec16a0103226e3f55a0822bed086a4dda917e6b8

003c3c777da53301b71a214ce84f58a96a4dda76cd522

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah, Wan Marini Wan Hamzah menunjukkan barang rampasan 35.95 kilogram dadah jenis Methamphetamine di kawasan perairan berhampiran Pulau Telur, Yan,14 Jun lalu, ketika ditemui pada sidang media hari ini.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas 35.95 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM1.796 juta di kawasan perairan berhampiran Pulau Telur, Yan dekat sini bulan lepas.

Pengarah JKDM Kedah Wan Marini Wan Hamzah berkata dalam kejadian pada 14 Jun, kira-kira 7 malam itu, sepasukan anggota Cawangan Penguatkuasaan Marin Tanjung Dawai sedang menjalankan rondaan di sekitar Pulau Banting sebelum mengesan sebuah bot nelayan tidak bernombor dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran Pulau Telur.

“Anggota menghampiri dan mengarahkan mereka berhenti untuk pemeriksaan, namun dua lelaki di atas bot bertindak mencampakkan dua bagasi dan satu beg galas ke laut sebelum memecut ke arah perairan antarabangsa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Wan Marini berkata pasukan bertugas kemudian mengejar bot nelayan terbabit, namun suspek berjaya meloloskan diri.

Beliau berkata bagasi dan beg yang berjaya ditemukan dibawa ke Pejabat Marin Tanjung Dawai untuk pemeriksaan lanjut sebelum mendapati ia mengandungi 35 bungkusan dadah dipercayai jenis methamphetamine.

“Pasaran semasa dadah tersebut dianggarkan sekitar RM50,000 bagi sekilogram,” katanya.

Wan Marini berkata siasatan awal mendapati sindiket dipercayai menggunakan bot nelayan serta laluan laut bagi menyeludup dadah ke negara jiran.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan bot serta individu yang terlibat termasuk kemungkinan penglibatan jenayah rentas sempadan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 
Back
Top
Log in Register