strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
OLEH: MOHD ISKANDAR OTHMAN
Tarikh: January 6, 2014
GEORGETOWN - Selepas empat hari direman bagi membantu siasatan, kasanova yang meloloskan diri dari Mahkamah Sesyen di sini Oktober tahun lalu disambung reman dua hari lagi.
Perintah reman itu dikeluarkan selepas K Prabaharan, 45, dibawa ke Kompleks Mahkamah di sini kira-kira pukul 2.30 petang.
Dia yang digari bersama beberapa orang kena tuduh (OKT) lain dikawal rapi anggota polis pengiring.
Prabaharan sebelum ini menyembunyikan diri hampir tiga bulan selepas berjaya meloloskan dari dari mahkamah.
Bagaimanapun, hasil maklumat awam, dia berjaya ditahan semula ketika berada di tepi Jalan Raja Laut, berhampiran restoran makanan segera pada jam 7.45 malam pada 3 Januari lalu.
Disebabkan tindakannya itu, seorang pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan ditahan bagi membantu siasatan.
*
Pegawai polis wanita terbabit direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223, Seksyen 224 dan 225 Kanun Keseksaan kerana cuai menjalankan tugas dan sudah dihadapkan ke mahkamah.
*
Bagaimanapun, pegawai polis berusia 56 tahun itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan dan kini digantung kerja.
Suspek mempunyai lebih 10 pertuduhan kes penipuan di sekitar negeri Pulau Pinang, Perak, Johor dan Kedah itu ditahan pada Januari tahun lalu kerana memperdaya wanita dengan menyamar sebagai 'Datuk Seri' dan doktor.