BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Reman Tiga Ahli Keluarga Angkat Dera Kanak-kanak Disambung

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,782
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,782
Reaction score
289
Points
146
10b986b99f4a42c22ed396fd1caef01d695cc2d219fd9

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor

Reman terhadap tiga ahli keluarga angkat yang disyaki mendera kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga maut di Kampung Banggol Katong di sini, disambung enam hari bermula esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor semasa dihubungi berkata perintah reman sehingga 25 April dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi, selepas tempoh reman asal berakhir hari ini.

Pada Selasa lepas, Azli mengesahkan penahanan tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Klinik Kesihatan Bukit Payong, Marang pada 3.46 petang berhubung seorang kanak-kanak tidak sedarkan diri dengan beberapa kesan kecederaan.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan mendapati tiada pernafasan, tiada bacaan oksigen, tiada reaksi anak mata dan tiada degupan jantung.

Mangsa dipercayai tinggal dengan keluarga angkat itu sejak tiga bulan lepas, dan seorang daripada suspek iaitu bapa angkat mangsa didapati positif dadah methamphetamine serta memiliki 11 rekod jenayah lampau.

 
Back
Top
Log in Register