TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Harga bermula RM8,467
MForce Bike Holdings Sdn Bhd, iaitu pengedar rasmi motosikal jenama SYM di Malaysia hari ini melancarkan sebuah model yang mereka panggil sebagai “kapcai berkapasiti paling tinggi di dunia”, bernama SYM VF3i.
Malaysia juga menjadi pasaran pertama di dunia yang menerima model ini.
Sementara pasaran Malaysia ‘panas’ dengan kapcai berkapasiti 150 cc seperti Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS150i, SYM pula cuba memberi cabaran yang lebih dengan menawarkan SYM VF3i yang menggunakan enjin empat strok satu silinder penyejukan cecair SOHC berkapasiti 183 cc.
Bersama padanan transmisi enam kelajuan, enjin suntikan bahan api ini mampu menghasilkan kuasa 17.7 hp pada 8,500 rpm, 15.3 Nm tork pada 7,500 rpm dan turut menerima penarafan emisi Euro 3. Palam pencucuh yang digunakan pula masih lagi hanya satu.
Laju maksimum yang boleh dicapai adalah 155 km/j (mengikut meter).
Melihat kepada bentuk luar motosikal ini, ia menggunakan unit LED bagi lampu siang (DRL), lampu penunjuk arah serta lampu belakang.
Warna yang ditawarkan pula ada tiga, iaitu biru dan merah untuk model standard yang dijual pada harga RM8,467.28 dan warna hitam matte, iaitu model SE pada harga RM8,785.28 (termasuk GST, tanpa insurans). - paultan