kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,707
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,707
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Kapal Tempur Pesisir (LCS 1) KD Maharajalela akan memulakan perjalanan laut pertama hari ini bagi tujuan pengujian sistem jentera, jana kuasa, sistem penghawa dingin dan sistem pendorongan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia adalah proses permulaan bagi memastikan kapal LCS 1 berkemampuan untuk berlayar di lautan.
Beliau berkata fasa ujian laut bagi kapal LCS 1 di peringkat limbungan telah bermula sejak 20 Jan lepas.
“Walaupun terdapat kelewatan berbanding jadual asal, LCS 1 yang kini berada pada tahap kemajuan 82.90 peratus setakat Disember lepas, telah berjaya diluncurkan ke air dan kini berada dalam fasa pemasangan serta integrasi sistem utama kapal.
“Khusus bagi kapal LCS 1, kemajuan sepatutnya ialah 96.52 peratus manakala kemajuan sebenar keseluruhan projek LCS telah mencapai 75.75 peratus, berbanding ikut perancangan sepatutnya 81.57 peratus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengenai status prestasi LCS 1 KD Maharajalela dan sama ada kapal berkenaan dapat ditauliahkan mengikut jadual.
Mohamed Khaled berkata persediaan platform dan peralatan sedang giat dilaksanakan bagi membolehkan ujian laut penuh dimulakan untuk LCS 1 pada awal April ini.
Beliau berkata laporan dikemukakan Lumut Naval Shipyard (LUNAS) kepada pasukan projek menyatakan bahawa jadual pentauliahan kapal LCS 1 dipinda ke Disember ini.
“Memang ada lewat empat bulan. Bagi kapal LCS 2 pula dipinda ke Ogos 2027. Bagi kapal-kapal berikutnya pula pentauliahan LCS 3 kekal pada Disember 2027, LCS 4 pada Ogos 2028 dan LCS 5 pada April 2029,” katanya.
Kapal LCS 1 Mulakan Ujian Perjalanan Laut Pertama Hari Ini - Mohamed Khaled
Dewan Rakyat, LCS 1, kapal, KD Maharaja, Mohamed K