BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kalimah Allah Pada Alat Mainan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Ada kalimah Allah pada mainan watak pengganas

18817516_10154846779779582_594009770_o.png.transformed.jpg

Bendera yang tertera kalimah 'Allah, Muhammad - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

18869860_10154846779694582_365725010_o.png.transformed.jpg

18817566_10154846779619582_664011232_o.png.transformed.jpg
PARIT BUNTAR: Seorang guru membuat laporan polis selepas mendapati alat permainan yang dibelikan untuk anak bongsunya pada 24 Mei lalu di sebuah kedai alat permainan di Taiping, dekat sini mengandungi unsur-unsur menyentuh sensitiviti umat Islam.

Pengadu, Mahnun Mat Isa, 40, berkata dia mendapati terdapat kalimah Allah dan Muhammad yang ditulis dalam bahasa Arab pada alat permainan dibeli kepada anaknya yang dilekatkan pada bendera dipegang watak 'pengganas'.

Katanya, watak pengganas yang dilabelkan pada kotak alat permainan itu turut menampakkan watak lelaki memakai kopiah yang kebiasaannya merujuk kepada orang Islam.

"Saya kemudian melaporkan perkara itu kepada polis dan pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIPk) cawangan Parit Buntar pada 25 Mei lalu untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui hari ini.

Mahnun berkata, pihaknya berharap pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam Perak akan menyiasat perkara ini dan menarik balik semua alat permainan jenis itu dari pasaran dengan segera.

Katanya, dia dan suami mendapati alat permainan kanak-kanak itu dihasilkan di China sebelum diedar di negara ini menerusi sebuah syarikat tempatan di Ipoh.

"Saya minta pihak berwajib tidak sewenang-wenangnya membenarkan kemasukan sebarang alat permainan kanak-kanak yang menyentuh sensitiviti agama di negara ini," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/288267
 
tapi kalau budak2 beli ni, konpem budak2 akan anggap model mainan dgn bendera2 ni hero. inilah adalah satu cara nak menanam benih2 minat terhadap ISIS. tidakkah begitu. tambahan pula sekarang ni budak2, celik gadget. internet di hujung jari. agenda illuminati :D
 
ni kira after effect dari penubuhan daesh la ni.. Short term punya effect
 
IS kan sangat popular...dalam games GTA pun ada versi IS ...hahah
 
murah je rm6. lego xdapekla
 
baguslah repot polis dibuat dan aduan dipanjangkan utk diambik tindakan terhadap mainan spt ni

perkataan Allah, muhammad dah sinonim dengan terrorism. sampaikan kat mainan pun ada gini. perlu diberi perhatian serius ni
 
Back
Top
Log in Register