BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shopee Feed Akan Di Henti & Di Ganti Shopee Live Pada 31 Ogos

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Shopee adalah antara platform e-dagang yang paling popular sekarang. Walaupun ramai pengguna marah kepada mereka kerana masalah penghantaran dan sebagainya, penawaran yang mereka hadir untuk pengguna masih menarik perhatian ramai.

Dalam aplikasi Shopee terdapat banyak ciri dan fungsi diberikan kepada pengguna, termasuk pembeli dan penjual. Antaranya adalah ciri Shopee Feed untuk menyiarkan promosi seperti pada platform media sosial, Shopee Live untuk kandungan siaran langsung, ShopeeFood untuk membeli makanan dan banyak lagi.

Shopee-Feed-Dihentikan-31-Ogos-950x754.jpg.webp

Dalam satu notifikasi kepada penjual, Shopee memberitahu semua yang ciri Shopee Feed akan dihentikan bermula 31 Ogos akan datang. Ikon Shopee Feed pada aplikasi di bahagian bawah akan digantikan dengan Shopee Live. Menurut Shopee, ciri ini akan dihentikan agar penjual memanfaatkan ciri siaran langsung yang sedia ditawarkan.

Mereka turut berjanji untuk terus mengoptimasikan platform mereka untuk menawarkan lebih banyak ciri dan fungsi untuk memudahkan lagi penjual mempromosikan produk masing-masing. Penjual tidak lagi boleh menggunakan Shopee Feed bermula 30 Ogos dan semua kandungan Feed akan terus dipadam daripada aplikasi pada tarikh yang dinyatakan.​
 
Shoppe express sekarang ni lembap mcm siput bab!..semua org marah..barang boleh sampai cepat, seminggu baru dapat..
 
Shoppe express sekarang ni lembap mcm siput bab!..semua org marah..barang boleh sampai cepat, seminggu baru dapat..
kdg2 ni isu logistik dan kebajikan kerja juga. kalau management offer intensif yg baik utk pekerja, insha Allah bertambah tiptop kerja.

skrg ni asal beli brg dari shopee, mmg lmbt smpai pdhal dekat ja. dgr2 shopee rugi kan?
 
Masalah dia nak konker semua. Padahal dulu boleh je pembeli pilih kurrier mana yg nak pakai. Sekarang dah tak de option. Kena pakai yg dia punya..dah la sailang kurrier lain..
 
Shoppe express sekarang ni lembap mcm siput bab!..semua org marah..barang boleh sampai cepat, seminggu baru dapat..

Bergantung pada seller tak?
Aku selalu tanya habis" kat seller
Seller kata bayar sebelum 6 petang, malam tu jugak kurier amik.
Tak pun kurier service tu
J & T lempar barang aku pukul 9 malam.
Padahal 4 petang dah out for delivery
 
Tak jugak. Seller pun ada yg marah2..boleh dia peram barang lama2. Ramai yg buat report ke skmm barang tak dihantar. Suka peram barang lama2..
 
Tak jugak. Seller pun ada yg marah2..boleh dia peram barang lama2. Ramai yg buat report ke skmm barang tak dihantar. Suka peram barang lama2..
nnti customer x collect, nnti brg tu msuk unclaim parcel. nnti 'dilupuskan' la.

pernah pegi stu psr malam kt nilai, ada apek cina tu jual parcel yg x kena claim. dia jual main timbang berat. haha. genius punya apek. pdhal dia dah tapis awal² brg baik. siot tul. nampak sgt dah kena buka.
 
mmg tn..mmg dia jual kilo je parcel unclaim...saya ada ternampak dalam satu pages FB barang yg unclaim kira mcm unboxing la barang tu..mcm2 dapat..
 
Back
Top
Log in Register