BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kalau PKR pecat kami, kerajaan boleh tumbang - Rafizi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kalau PKR pecat kami, kerajaan boleh tumbang - Rafizi​

71b800d217268c300a12eaff1413f1c7.jpg

ba6ea8f64c3085a486d3782d678fa0cd.jpg

49cc98875293d0b12484a01f21b0f040.jpg

c79e302becfce8899427ef6f4ab2f37b.jpg

67dcc7af230da575baeb00b83fc6dccb.jpg


Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, mereka mengambil langkah politik secara berhati-hati bagi mengelakkan kerajaan persekutuan tumbang.

Rafizi yang juga bekas menteri ekonomi mendakwa Presiden PKR, Anwar Ibrahim serta anaknya, Nurul Izzah, tahu mengenai perkara itu.

“Sebab itu mereka langsung tidak memecat kami, walaupun (setiausaha agung PKR) Fuziah Salleh cuba menggerakkan perkara itu sana sini tetapi akhirnya hanya dibawa ke mesyuarat dan tidak ke mana.

“Sebab kalau mereka pecat saya, apatah lagi yang lain-lain (terlibat), kerajaan boleh tumbang - mereka faham perkara ini,” kata Rafizi dalam podcast Yang Berhenti Menteri (YBM) semalam.

Mengulas lanjut, bekas ahli Parlimen Pandan itu berkata jika 10 ahli parlimen PKR meletakkan jawatan serentak, Anwar boleh kehilangan mandat sebagai perdana menteri memandangkan jumlah kerusi PKR di Dewan Rakyat tidak begitu besar.

Pada 18 Mei lalu, Fuziah mendakwa mempunyai bukti urutan peristiwa menunjukkan Rafizi dan Nik Nazmi menyertai Bersama sebelum keluar PKR, sekali gus melanggar bon pilihan raya dengan PKR.

Fuziah berkata bukti itu menyangkal dakwaan kedua-dua ahli parlimen itu bahawa mereka tidak perlu membayar penalti RM10 juta setiap seorang kepada PKR.

Bon pilihan raya itu mewajibkan calon PKR kekal bersama parti sehingga tamat penggal.

Lebih 18,000 keahlian

Sementara itu, Rafizi berkata Bersama telah menerima lebih 18,000 pendaftaran keahlian dalam tempoh lima hari pertama penubuhannya.

Katanya, walaupun 46 peratus ahlinya tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sebelum ini, baki pendaftaran menunjukkan kejayaan Bersama menarik “pengundi kecewa” daripada parti-parti lain.

Peratusan terbesar ahli yang mempunyai latar belakang politik datang daripada PKR iaitu 29 peratus, diikuti Umno sebanyak 6.3 peratus, Amanah dan Bersatu masing-masing 2.5 peratus, serta PAS, namun tidak mendedahkan angkanya.

“Kami telah meneliti data pengundi kecewa ini dan apa yang kami lihat ialah sokongan Melayu terhadap BN, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya sedang menurun,” katanya sambil menambah data keahlian Bersama mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini, Rafizi dalam episod terbaru podcast KiniTV 'Explain Sikit' berkata, Bersama berharap dapat meraih sokongan pengundi yang kecewa dan menjadi alternatif kepada tiga gabungan politik utama negara.

Berdasarkan data yang diperolehi sejak 2016, Rafizi berkata mereka yakin mampu membina gerakan politik baru mertasi garis kaum susulan kemerosotan kepercayaan terhadap BN, PN dan PH.

Dalam podcast tersebut, Rafizi turut menjelaskan demografi keahlian parti itu dengan mendakwa komposisi kaumnya mencerminkan komposisi penduduk Malaysia.

Menurut Rafizi, orang Melayu membentuk 62 peratus ahli, diikuti Cina (15 peratus), India (14 peratus), bumiputera Muslim Sabah dan Sarawak (4 peratus), bumiputera bukan Muslim Sabah dan Sarawak (3 peratus), serta lain-lain (2 peratus).

Rafizi berkata kekuatan Bersama ketika ini lebih tertumpu di kawasan majoriti Melayu di Selangor seperti Shah Alam, Hulu Langat dan Bangi, namun keahlian turut berkembang ke negeri-negeri lain di Semenanjung termasuk wilayah persekutuan, Johor, Negeri Sembilan dan Perak.

Persiapan pilihan raya

Menyentuh kemungkinan pilihan raya mengejut di Johor, Rafizi berkata Bersama sedang mempercepat persiapan mengadapi pilihan raya.

Katanya, parti itu merancang membuka permohonan calon pada awal Jun sebelum mengenal pasti calon berpotensi dan memadankannya dengan kawasan yang mempunyai jentera serta penerimaan pengundi paling kuat.

“Jadi menjelang hujung Jun, saya rasa kami boleh mula umum kumpulan pertama calon berpotensi,” katanya.

Rafizi menambah Bersama mahu menempatkan calon lebih awal di kawasan sasaran bagi mengelakkan “calon payung terjun”.

Katanya, Bersama juga akan menggunakan plaform media sosial seperti TikTok bagi meraih sokongan.

 
wujud tak bg kesan.. xde pun xde bg kesan

elok masuk tong tahikk
 
wujud tak bg kesan.. xde pun xde bg kesan

elok masuk tong tahikk

Rebound party
Lebih pada nak cover maruah
Dah kena buang, kena la tunjuk acah acah nonpartisan.. eh silap
Acah acah pendekar bermaruah

Yg paling untung, Ramanan
PKR ; Parti Kuil Ramanan
 
Back
Top
Log in Register