BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kajian Keperluan UPSR, PT3 Dijangka Siap Tahun Ini - Fadhlina

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
ef900e4b2d1044d58c30838476aeff6f6968844060d26

Menteri Pendidikan, Datuk Fadhlina Sidek (dua, kanan), ditemui media selepas Program Kurikulum Prasekolah 2026 dan Kurikulum Prasekolah 2026 (Pendidikan Khas) yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, di SK Putrajaya Presint 9(1) hari ini.

Kajian mengenai keperluan memperkenalkan semula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka siap dalam tahun ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata kajian tersebut akan dilaksanakan segera selepas proses lantikan ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) selesai.

"MPPK ini dalam proses pelantikan. Dari segi persiapan sebagaimana arahan saya, kita sudah bersedia.

"Cuma menunggu mereka (ahli MPPK) dilantik dan kemudian kita akan selesaikan (kajian) dalam tahun ini juga, sesegera mungkin,” katanya kepada pemberita selepas Program PAKAT Prasekolah dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Presint 9 (1) di sini hari ini.

UPSR dimansuhkan pada 2021 manakala PT3  dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Fadhlina berkata kajian berkenaan dilaksanakan kerana kerajaan mengambil maklum permintaan serta pandangan ibu bapa dan warga pendidik berhubung keperluan kedua-dua ujian itu.

Beliau berkata pihaknya menerima maklum balas daripada pelbagai pihak, justeru, mendorong kerajaan untuk meneliti semula sebelum membuat  keputusan penting berkaitan dasar pendidikan negara.

“Saya ingat tidak ada masalah pun untuk kita kaji kerana ada permintaan. Ini menandakan kerajaan mendengar bila ada permintaan dan kita ambil pendekatan untuk lihat dan kaji bersama sebelum kita buat keputusan penting,” katanya.

Sementara itu, mengenai pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Fadhlina berkata kementerian menyasarkan proses itu diselesaikan dalam minggu ini, namun memberi sedikit kelonggaran kepada sekolah-sekolah tertentu.

 
daripada kembalikan pt3... baik kembalikan srp...
 
Back
Top
Log in Register