BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kajian Pelaksanaan Semula UPSR Dan PT3 Dimulakan Tahun Ini – Fadhlina

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
84362079a3d2d0332bbf9430040895b06964760c9dfab


Kajian keperluan pelaksanaan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan dilaksanakan tahun ini dan hasilnya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri secepat mungkin.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata semua pihak diminta memberi sedikit masa kepada kementerian untuk melaksanakan kajian berkenaan, yang turut mengambil kira pandangan pemegang taruh, khususnya ibu bapa.

“Mandat itu telah saya berikan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) dan di peringkat Kementerian Pendidikan (KPM), kita akan buat kajian menyeluruh. Mohon beri sedikit masa.

“Kita akan memberi penjelasan kepada masyarakat selepas kajian itu selesai dan ia akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri,” katanya dalam sidang media di Majlis Pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent Elmina sempena hari pertama kalendar akademik sesi 2026. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Fadhlina sebelum ini dilaporkan berkata KPM telah mengaktifkan semula MPPK bagi mengkaji keperluan pelaksanaan PT3 dan UPSR.

 
Back
Top
Log in Register