combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,188
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,188
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSS1) menunjukkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diperoleh mereka. (Gambar Fail)
Langkah Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji keperluan mewujudkan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) menerima reaksi positif ahli akademik, yang turut mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia Dr Yap Soon Li berkata jika Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) mencadangkan pengenalan semula kedua-dua peperiksaan itu, ia tidak seharusnya dilihat sebagai satu langkah ke belakang tetapi sebagai satu bentuk penyesuaian semula sistem dalam landskap pentaksiran pendidikan kebangsaan.
“Dalam banyak sistem pendidikan antarabangsa, pembaharuan pentaksiran bersifat kitaran, bukan linear. Isu utamanya bukan sama ada peperiksaan berpusat itu dianggap ‘lama’ atau ‘baharu’, tetapi bagaimana fungsinya direka semula untuk menyokong pembelajaran bermakna,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata UPSR dan PT3 sebelum ini berperanan sebagai penanda aras nasional bagi memantau penguasaan asas literasi, numerasi dan kesiapsediaan akademik pelajar, namun kelemahan utama terletak pada pendekatan yang terlalu berorientasikan peperiksaan, sehingga mendorong fenomena mengajar untuk ujian dan tekanan berlebihan.
Yap berkata sehubungan itu, jika diperkenalkan semula, UPSR dan PT3 perlu menggabungkan elemen penilaian sumatif untuk pemantauan sistem dan penilaian formatif untuk menyokong perkembangan murid secara berterusan.
Menurut beliau, reka bentuk item peperiksaan perlu beralih daripada soalan berasaskan hafalan kepada penilaian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), penaakulan dan aplikasi pengetahuan dalam konteks dunia sebenar, selaras dengan kerangka antarabangsa seperti Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) yang menekankan pemindahan pembelajaran.
Beliau berkata keputusan peperiksaan juga tidak seharusnya bersifat penilaian berisiko tinggi, sebaliknya perlu diintegrasikan dengan data pentaksiran berasaskan sekolah supaya penilaian murid lebih holistik.
“Peperiksaan berpusat harus berfungsi sebagai alat diagnostik sistem bukan penentu tunggal kejayaan pelajar,” katanya sambil menekankan kepentingan memperkukuh literasi penilaian dalam kalangan guru.
UPSR, PT3 Dikaji Semula: Ahli Akademik Cadang Penambahbaikan
UPSR, PT3, kajian, ahli akademik, KPM, Dr Yap Soo