BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SMK Suria Jaya Dijangka Mula Beroperasi September Ini - Fadhlina

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

SMK Suria Jaya Dijangka Mula Beroperasi September Ini - Fadhlina​

bcade688bb9794d32e604bceac70dcdf6a3b85f0ad13a

Kredit : FB Fadhlina Sidek

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Jaya di sini dijangka mula beroperasi pada September ini secara pendudukan separa selepas sesi penyerahan projek sekolah itu oleh Kementerian Pendidikan (KPM) selesai dilaksanakan semalam.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata penyerahan sekolah berkenaan disempurnakan Setiausaha Bahagian Pembangunan KPM Mohd Radzuan Abdul Manaf yang turut dihadiri Pengarah Pendidikan Johor Zulkurnain Abdul Rahman serta Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat Mahidah Kosnan.

“Insya-Allah, jika tiada aral melintang, sekolah ini akan beroperasi pada September ini. Begitulah tingginya hasrat KPM untuk memastikan anak-anak terus belajar dalam suasana kondusif dan para guru kami dapat berkhidmat dalam nyala rasa pendidikan yang tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata fasiliti yang baik pastinya menjamin hak pendidikan yang lebih inklusif.

Fadhlina turut merakamkan penghargaan kepada pasukan pengurusan projek, barisan perunding, agensi kerajaan berkaitan, pihak utiliti dan kontraktor yang komited memastikan projek sekolah itu dapat disiapkan.

“Akhirnya! Di bawah Kerajaan MADANI ia disempurnakan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register