BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kadang-kadang rasa down sangat.

Abang Bello

Fun Poster
Messages
390
Joined
Sep 19, 2015
Messages
390
Reaction score
16
Points
20
Assalammualaikum & salam sejahtera warga CG yang budiman.

Mengulas berkenaan topik diatas, ada tak diantara kalian yang kadang2, atau sekali sekala terasa down, rasa macam loser, rasa satu macam stress dalam kepala, rasa macam benda yang kita buat tu tak menjadi walaupun ada hasilnya. Contohnya, kita ada pekerjaan tetap pergi kerja pagi pastu petang balik kerja. Kita bersyukur dengan pekerjaan yang kita ada sebab masih ada lagi rakan2 kita yang tiada pekerjaan tetap. Cuma kadang2 bila rutin harian ni berulang terasa macam diri kita ni setakat itu je. Ada rakan2 yang menceburkan diri dalam perniagaan tak sampai 6 bulan pon tetapi terus berjaya rumah kereta mewah. Ada jugak rakan2 yang dari dulu kita kenal dia penuh dengan luck, sentiasa gembira ja, semua dia buat menjadi, enjoy dengan hidup dia. Bila kita tengok org berjaya macam tu, tuh yang buat putus semangat, rasa down sangat. Apa kurang nya aku dari dia. Padahal aku usaha lebih dia dari dia. Padahal aku lagi rajin dari dia. Kenapa nasib tak pernah menyebelahi aku?


Dan yang paling aku tak suka ialah kenapa aku selalu ada perasaan nak bandingkan diri dengan orang lain? Apakah aku belum benar2 bersyukur. Terkadang aku hanya nampak kejayaan orang tetapi bukan keperitan? Setiap malam sebelum tidur mesti aku mengelamun memikirkan apa lah nasib aku? ~X(~X(~X(
 
x pe bro.... baik bro mengadu dengan Tuhan darripada laman sosial gini...
jika nak dapatkan nasihat personel bolehlaa jumpa tok guru ,ulama ke...
semoga kita semua dipermudahkan sehala urusan.
Amin Alhuma Amin
 
klau tt org Islam mesti tau akhirat adalah yg kekal selamanya.. dlm dunia ni sementara sahaja sebagai ujian..tak kira miskin,kaya,berpangkat,pengemis...mati semua tinggalkan.. amalan jer dibawa..
 
setiap orang ada ujian masing2.
kalau kita pandang kejayaan orang tanpa ada usaha sendiri, kita memang akan rasa down. rasa loser.
sekrang atas diri sendri, nak terus berada di tempat yg sama atau mulakan langkah baru..
tak semua orang mulakan sesuatu terus beroleh kejayaan, ada yg jatuh dulu. sebelum berjaya.
ada yg berjaya dulu kemudian jatuh dan kembali bangun.
yg penting jangan give up.
Allah tu ada
 
Jangan pernah cemburu atau iri hati dengan segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada orang lain, kerana kita tidak tahu ujian apa yang Allah sertakan sekali bersama-sama rezeki tersebut.

Rezeki jangan hanya boleh dinilai dengan harta dan wang ringgit. Kesihatan yang baik itu rezeki, bentuk badan yang cantik itu rezeki, memiliki kulit yang halus mulus juga rezeki, Isteri yang pandai memasak itu rezeki, suami yang memahami itu rezeki, hati yang tenang juga merupakan rezeki.

Rezeki sentiasa ada disekeliling kita,cuma kita yang tidak pandai untuk menilainya, Allah bagi kita kesihatan yang baik, tubuh badan yang cantik, tetapi hanya sedikit ujian kecil dari sudut kewangan kita sudah mengeluh, kalaulah aku kaya seperti mereka, jika kebahagiaan hanya diukur dengan banyaknya harta, mengapa masih ada jutawan yang membunuh diri.


Oleh itu, bergembiralah atas apa yang dikurniakan walaupun sedikit, sentiasa berfikiran positif dan jangan bersedih..;D
 
bersyukur masih ada nikmat NYAWA dan KEBEBASAN. gunakan kedua2 nikmat ini untuk mengejar peluang BERIBADAT. bila dah mati, peluang nk beramal dah xde dah.

sambil2 beramal tu, lepak2 la enjoy nikmat dunia. sambil2 kutip mutiara pahala, sambil2 kita berjalan menikmati keindahan kehidupan..
 
Tt..klu dongak tgk atas mmg asik nampak yg best je...tunduk kebawah..insyaallah kite bersyukur dgn ape yg ade..rezeki org lelain..allah bg lebih kat diorg ade sbb..lg 1 takut nnt klu dpt lebih.sejadah pon lupe..peringatan tuk diri sendiri jugak ni...


**bnyakkan sedekah..insyaallah..
 
hari-hari kena ada benda baru dalam tt.. jgn buat benda yang sama sahaja.. nnti boring. cth kat office. tt cuba cari benda baru nak buat :)
 
tt, rasululllah ada ajar fatimah, puterinya yg mengeluh dengan kerja yg banyak tapi takde pembantu, kena jaga anak anak dengan bacaan zikir iaitu subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar setiapnya 33x setiap malam. ni utk sebagai kurangkan kesusahan.

tt boleh tambah selawat juga.

tt kena juga tengok org yg lagi susah, lagi rendah pada tt. mungkin tu boleh buat tt bersyukur. kalau kita hilang sesuatu perkara atau tak dapat sesuatu yg kita inginkan dan kita bersabar, sabar dan bersyukur ni boleh jugak bawak rezeki pada kita..

tt kena fikir jugak bahawa kita juga ada kehidupan selepas mati. syukur kita, sabar kita dan sedekah kita berikan kita kelebihan pada masa tu.

saya kalau rasa penat sangat (dulu ada maid, tapi sekarang dah takde sebab maid buat hal. jadi kami mmg tak ambik pembantu langsung) atau teringin nak beli sesuatu tapi tak boleh (bukan sebab takde duit, tapi suami mmg tak bagi, dia kata guna dulu apa yg dah beli sampai rosak), saya cuma imbau nasib fatimah r.a dulu lagi teruk dari saya, tapi dia harungi jugak..

mana mana yg berniaga tu, ada yg naik, ada yg rugi. yg berjaya tu sebelum berjaya akan harungi susah jugak.

tt, fikir lah bahawa Allah tu Maha Adil, Dia takkan menzalimi hambaNya. sebarang apa yg Dia bagi pada kita ada kebaikan disebalik tu, samda utk hidup dunia atau akhirat...
 
in Sha Allah... kita semua memang ada perasan camtu..Namun bersabau la... Sesungguhnya Allah itu maha Berkuasa
 
Back
Top
Log in Register