BTC USD 81,244.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kadang-kadang rasa down sangat.

Betul tu. Tapi dengan perbincangan macam ni pon sedikit sebanyak memberi semangat kembali. :)

saya pun kalau ada rasa down, saya baca cg.
sebab banyak input yg warga cg share; naik turun untung rugi perniagaan, mcmana diorang deal masa perniagaan tak berjaya dan sebagainya..

lawak pun banyak, boleh hilang stress :D:)
 
Jangan pernah cemburu atau iri hati dengan segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada orang lain, kerana kita tidak tahu ujian apa yang Allah sertakan sekali bersama-sama rezeki tersebut.

Rezeki jangan hanya boleh dinilai dengan harta dan wang ringgit. Kesihatan yang baik itu rezeki, bentuk badan yang cantik itu rezeki, memiliki kulit yang halus mulus juga rezeki, Isteri yang pandai memasak itu rezeki, suami yang memahami itu rezeki, hati yang tenang juga merupakan rezeki.

Rezeki sentiasa ada disekeliling kita,cuma kita yang tidak pandai untuk menilainya, Allah bagi kita kesihatan yang baik, tubuh badan yang cantik, tetapi hanya sedikit ujian kecil dari sudut kewangan kita sudah mengeluh, kalaulah aku kaya seperti mereka, jika kebahagiaan hanya diukur dengan banyaknya harta, mengapa masih ada jutawan yang membunuh diri.


Oleh itu, bergembiralah atas apa yang dikurniakan walaupun sedikit, sentiasa berfikiran positif dan jangan bersedih..;D

Terima kasih Acap88, saya akan jadi lebih positif dan menjadi lebih gembira atas setiap perkara yang saya lakukan.
 
saya pun kalau ada rasa down, saya baca cg.
sebab banyak input yg warga cg share; naik turun untung rugi perniagaan, mcmana diorang deal masa perniagaan tak berjaya dan sebagainya..

lawak pun banyak, boleh hilang stress :D:)

Betul tu, kadang2 rasa lemau stress sangat2. Tambah pulak orang sekeliling bagi tekanan secara tak langsung contoh macam kita usaha macam2 tapi dia yang makin berjaya. Rasa semacam down pula. Tapi betul, setiap orang itu lain ujiannya.
 
perasaan mcm ni setiap org ada cuma di tunjukkan ataupun tidak jerk.....
nama pun manusia x pernah puas dengan apa yg ada.....
org yg dah kaya pun blom tentu puas....
 
bersyukur masih ada nikmat NYAWA dan KEBEBASAN. gunakan kedua2 nikmat ini untuk mengejar peluang BERIBADAT. bila dah mati, peluang nk beramal dah xde dah.

sambil2 beramal tu, lepak2 la enjoy nikmat dunia. sambil2 kutip mutiara pahala, sambil2 kita berjalan menikmati keindahan kehidupan..

Alhamdulillah, kata2 yang penuh maksud yang sangat mendalam. Sedangkan orang yang didalam kubur itu memohon untuk hidup semula berbuat amal ibadat, mengapa tidak kita gunakan peluang ini untuk kumpul sebanyak mungkin amalan.
 
setiap 1 kejayaan disebaliknya ada 99kegagalan..
tidak berjaya maknanya usaha kita belum cukup layak digelar usaha..

ini yang sentiasa aku ingatkan diri aku..
 
Tt..klu dongak tgk atas mmg asik nampak yg best je...tunduk kebawah..insyaallah kite bersyukur dgn ape yg ade..rezeki org lelain..allah bg lebih kat diorg ade sbb..lg 1 takut nnt klu dpt lebih.sejadah pon lupe..peringatan tuk diri sendiri jugak ni...


**bnyakkan sedekah..insyaallah..

Tuh la kadang2 bila rasa diri nih lebih timbul satu rasa bongkak, semua benda nak menunjuk. Walhal kalau dinilai kalau kita kaya ada orang lagi kaya, kalau kita pakai keta besar ada orang pakai lagi besar. Sampai satu tahap, bila diri sudah lupa pada-Nya, itulah tanda hati kita sudah hitam dan kotor. Ada sebab rasanya Allah belum kurniakan rezeki melimpah, tetapi rezeki kesihatan, masa, makan, ibu bapa dan lain2.
 
hari-hari kena ada benda baru dalam tt.. jgn buat benda yang sama sahaja.. nnti boring. cth kat office. tt cuba cari benda baru nak buat :)


Betul jugak tu, kadang2 kita ni manusia memang sampai satu tahap akan rasa tepu. Rasa semacam, setiap hari buat perkara sama, stage yang sama, level yang sama naik muakk dah. Boleh dipraktikkan untuk cuba cari alternatif baru untuk meriahkan lagi hidup.
 
tt, rasululllah ada ajar fatimah, puterinya yg mengeluh dengan kerja yg banyak tapi takde pembantu, kena jaga anak anak dengan bacaan zikir iaitu subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar setiapnya 33x setiap malam. ni utk sebagai kurangkan kesusahan.

tt boleh tambah selawat juga.

tt kena juga tengok org yg lagi susah, lagi rendah pada tt. mungkin tu boleh buat tt bersyukur. kalau kita hilang sesuatu perkara atau tak dapat sesuatu yg kita inginkan dan kita bersabar, sabar dan bersyukur ni boleh jugak bawak rezeki pada kita..

tt kena fikir jugak bahawa kita juga ada kehidupan selepas mati. syukur kita, sabar kita dan sedekah kita berikan kita kelebihan pada masa tu.

saya kalau rasa penat sangat (dulu ada maid, tapi sekarang dah takde sebab maid buat hal. jadi kami mmg tak ambik pembantu langsung) atau teringin nak beli sesuatu tapi tak boleh (bukan sebab takde duit, tapi suami mmg tak bagi, dia kata guna dulu apa yg dah beli sampai rosak), saya cuma imbau nasib fatimah r.a dulu lagi teruk dari saya, tapi dia harungi jugak..

mana mana yg berniaga tu, ada yg naik, ada yg rugi. yg berjaya tu sebelum berjaya akan harungi susah jugak.

tt, fikir lah bahawa Allah tu Maha Adil, Dia takkan menzalimi hambaNya. sebarang apa yg Dia bagi pada kita ada kebaikan disebalik tu, samda utk hidup dunia atau akhirat...


In sha Allah, terasa sangat dengan nasihat ni. Terbukak mata hati. Sesungguhnya bukan saya sorang saja yang mempunyai perasaann begini. Mungkin saya terlalu asyik dengan duniawi, patot lebihkan akhirat, banyakkan berselawat dan sedekah. Sesungguhnya itu memberi kelegaan. :)
 
Back
Top
Log in Register