BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kadang-kadang rasa down sangat.

Semakin tt cuba utk pasrah dan bersyukur, semakin kuat la jugak usaha setan utk menghasut.. Masa tu apa yg ada dalam hati pun akan ikut goyang sama.. Peringatan utk diri sendiri..:D

Itu macam betul sangat. Lagi banyak saya cuba bersyukur lagi kuat godaan tu datang. Contoh, kalau banyak menderma semakin rasa mcm ni bagus sangat. Ya Allah kau jauhkan lah aku dari sifat2 munafik dan bongkak.
 
Teringat kata2 pensyarah ekonomi dulu.

Kehendak tidak terbatas.

Nafsu itu yang tidak terbatas.

Kalau dapat betis, nakkan peha pula.

Tidak dinafikan semua orang memang ada nafsu untuk kehidupan yang lebih baik.

Tetapi cuba kurangkan perbandingan dengan orang lain.

Jika selalu sangat banding, sampai bila hidup tak tenteram dan tak tenang.

Ini kerana sentiasa akan ada orang yang lebih baik.

Jangan buat perbandingan dengan orang susah pula, nanti timbul perasaan riak.

Kalau kurangkan perbandingan, dan redha, insyaAllah lagi mudah untuk rasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Sekian.


Wau, terima kasih atas nasihat. Kata-kata yang bijak. Betul juga, kena sentiasa redha dan buang sifat banding2kan antara orang lain. :)cgrock:)cgrock
 
Salaam.

Biasa tu TT.

Semua yang bernama manusia pernah alami.

Kuatkan hubungan dengan Allah SWT.

Insha-allah, tenang jiwa.

Kelangsungan hidup jadi lebih mudah.



Aku pernah gak terdetik bila nampak orang pakai kereta besar.

Aku berangan aku berkereta besar.

Time tu gak aku boleh bayang yang aku ni riak, ujub dan sombong.

Baru berangan aku dah takut.

Tak nak lah kereta besar.

Insha-allah, kalau aku kaya esok, aku tak nak tunjuk aku kaya.


Dunia ni permainan dan senda gurau jer; Allah SWT sebut dalam Al-Quran sebut.

Kehidupan sebenar di akhirat sana.

Teringat hadis Rasulullah SAW.

Baginda cemburu tengok orang miskin. Akhirat esok tak lama bila dihisab di depan Allah SWT sebab harta apa pun takde.

Faham molek, jangan spin :)paid

#redha
#syukur
#istiqamah


In sha Allah itu la semoleknya. Cuma kita la yang kena belajar kawal nafsu dari pengaruh syaiton. Semoga kita redha, syukur & istiqomah. aminnnnn :)
 
Back
Top
Log in Register