Yang tuan kategorikan drive 'more expense' tu adalah perbelanjaan wajib setiap bulan
1. shopping wajib untuk keperluan barangan dapur
2. perbelanjaan semasa kecemasan. Guna dulu CC, kemudian bayar balik menggunakan tunai yang ada
3. isi minyak memang wajib. Kalau tak kenderaan tak jalan

. TnG & autopay. Wajib juga. Segala bill perlu dijelaskan.
4. mata ganjaran. Jangan jadikan sebagai alasan untuk berbelanja lebih semata-mata nak rebut mata ganjaran. Cukup sekadar perbelanjaan wajib setiap bulan.
Jika perbelanjaan wajib dibayar secara tunai, apa pun tak dapat. CC pun idle seolah takde guna. Sekurang-kurangnya dengan mata ganjaran yang diperolehi, boleh ditebus untuk baucer, barangan dan juga tebusan untuk cukai tahunan setiap keping kad yang ada.
Thread ni adalah untuk mendisiplinkan diri dulu dengan cara penggunaan cc yang betul.
Target kita adalah kita nak jadikan semua perbelanjaan wajib harian dan bulanan kepada mata ganjaran yang boleh ditebus setiap hujung tahun tanpa ada perbelanjaan tambahan yang tak sepatutnya ada yang boleh membebankan pengguna cc
Ini adalah asas.
Jika dah berjaya mencapai target di atas baru kita boleh bergerak ke target yang seterusnya seperti yang tuan kategorikan sebagai 'income' di atas
Mungkin tuan berkongsi ilmu yang tuan ada berkenaan kategori 'income'