En. Rhoma Irama
Super Active Member
- Joined
- Nov 16, 2007
- Messages
- 7,565
- Reaction score
- 706
- Points
- 111
Kita senaraikan apa kebaikan kad kredit selain dari keburukan penggunaannya yang kerap kita dengar.
Kenapa thread ini kawan letak dalam "Saving Investment"? - Sebab penggunaan kad kredit secara betul dan berdisiplin, kita akan menjana pendapatan pasif tanpa kita sedari.
Sebagai permulaan, kawan akan senaraikan apa kebaikan yang akan kita perolehi
Kenapa thread ini kawan letak dalam "Saving Investment"? - Sebab penggunaan kad kredit secara betul dan berdisiplin, kita akan menjana pendapatan pasif tanpa kita sedari.
Sebagai permulaan, kawan akan senaraikan apa kebaikan yang akan kita perolehi
- Ia akan membina credit rating
Jika bayaran kad kredit cantik setiap bulan, mudah bagi tuan-tuan untuk berurusan dengan pihak bank. Kredit kad akan menjadi pengantara antara kita dengan pihak bank bagi tujuan rujukan sejarah dan pola cara kita melangsaikan kredit kita.
- Cepat dan mudah
Tak perlu nak pergi ATM untuk keluarkan duit tunai jika tunai dalam tangan tak mencukupi. Swipe dan tandatangan. Cukup mudah
- Khidmat akauntan profesional percuma
Setiap bulan kita akan dapat statement penggunaan kad kredit dari pihak bank. Tak perlu susah payah buat lejar untuk track expenses selama sebulan. Sekarang pun semua boleh check melalui internet banking. Tak perlu tunggu sebulan untuk periksa akaun kad kredit kita. Pihak bank pun menggalakkan electronic statement. Gunakannya
- Tak perlu duit tunai
Berapa tebal duit RM50 berjumlah RM10,000? Guna kad kredit untuk bayar downpayment kereta. Tak perlu menakutkan diri sendiri dari menjadi mangsa rompakan jika bawak duit tunai yang banyak.
- Pembayaran bil secara automatik
Tak perlu keluar rumah, start motor, redah jalan raya dalam panas terik, beratur di kaunter untuk membuat pembayaran bil. Buang masa je semua tu.
- Dapat pinjaman kecil secara pantas
Tak perlu pegi bank dan mohon untuk pinjaman peribadi. Cucuk ATM terus dapat duit. Tapi perlu diingat, caj untuk cash advance agak tinggi. Gunakan hanya masa terdesak saja.
- Tabung ketika kecemasan
Nak beli barang, tapi duit tunai takde dalam tangan. Ataupun perlu buat sebarang pembayaran ketika kecemasan tanpa tunai. Gunakan kad kredit yang ada.
- Point untuk ditebus
Kumpul point setiap kali menggunakan kad kredit. Point boleh ditebus untuk barangan, servis, baucer dan rebat tunai. Janakan pendapatan pasif melalui kaedah ini
- Rebat tunai
Ada sesetengah bank yang menawarkan rebat tunai melalui penggunaan kad kredit. rebat tunai tak perlu ditebus. Ia akan didebitkan ke dalam akan tuan-tuan setiap bulan. Kaedah ini juga akan menjana pendapatan pasif.
Kawan akan sambung lagi kemudian
Panduan tambahan:
1. Batalkan kad kredit yang anda tak pernah apply , tiba-tiba sampai ke tangan anda. Jangan biarkan. Walaupun tanpa kita aktifkan kad tersebut, annual fee masih dikenakan.
2. Batalkan kad kredit berlebihan (idle) yang tak diperlukan untuk mengelakkan annual fee percuma untuk bank.
3. Untuk musnahkan kad yang telah dibatalkan, pastikan cabut cip mikro, pecahkan dan flush ke dalam toilet. Potong kad bahagian magnetic strip beberapa bahagian dan flush juga ke dalam toilet. Walaupun kad tersebut tidak pernah diaktifkan.
4. Sayangi kad kredit dari bank yang menghargai anda dengan memberikan berbagai kemudahan seperti menaikkan had kredit anda, memberikan keahlian VIP, memberikan rebate yang tinggi kerana credit rating anda cantik. Bagi bank yang tak pernah hargai anda, lebih baik anda batalkan kad kredit dari bank tersebut.
5. Sentiasa window shopping kad kredit yang ditawarkan oleh semua bank.
Nanti kawan sambung lagi...
Apabila permohonan mendapatkan kad kredit diluluskan oleh pihak bank dan baru pertama kali memegang kad itu, ada yang tersenyum sampai ke telinga seolah-olah bangga dan puas.
Satu kebanggaan kerana berjaya memiliki kad kredit kerana ia dianggap lambang status peribadi. Kadang-kadang korang sendiri tanya kenapa mesti ada kad kredit.
Malahan ada yang dengan bangganya memiliki lebih daripada satu kad kredit.
Memilik berapa banyak kad kredit tidaklah menjadi kesalahan. Cuma, fikirkan setiap tahun akan dikenakan yuran tahunan. Tidak termasuk dengan perbelanjaan menggunakan kad kredit.
Ada orang kata, kad kredit boleh menjadi teman disayangi tetapi boleh juga menjadi musuh yang dibenci. Ia disayangi kerana membantu anda di saat memerlukan, terutama untuk kecemasan, tetapi dibenci kerana jumlah kredit atau hutang yang perlu dibayar balik.
Kalau sikit tak apalah, tetapi kalau sudah mencecah belasan ribu ringgit, ia boleh mempengaruhi emosi anda.
Memiliki kad kredit seperti yang dijelaskan tadi, tidaklah menjadi kesalahan. Cuma, menggunakan kad kredit perlulah bijak untuk memastikan kedudukan kewangan kita sentiasa sihat dan terkawal.
Kad kredit macam menyimpan pisau yang ada banyak faedahnya kalau bijak menggunakannya tetapi boleh membawa padah kalau disalahgunakan.
Berfaedah kalau berhemah penggunaannya
Sudah banyak diperkatakan mengenai kebaikan dan keburukan kad kredit ini. Kad kredit ialah alat pembayaran secara elektronik yang membolehkan kita membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Kad ini menjadi alat berguna kalau kita tahu menggunakannya dengan bijak.
Antaranya:
• Menjadi kaedah pembayaran yang mudah dan cekap
• Boleh membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian (online)
• Menggunakan penyata bulanan untuk mengesan perbelanjaan bagi tujuan merancang perbelanjaan atau bajet.
• Ada kad kredit yang menyediakan perlindungan insurans kemalangan peribadi dan insurans perjalanan secara percuma, bergantung kepada jenis kad yang ditawarkan.
• Menikmati skim menarik seperti skim bayaran ansuran tanpa faedah, skim bayaran fleksibel dan pemindahan baki pada kadar 0 peratus untuk memaksimumkan pembelian
• Dapat mata ganjaran untuk menebus barangan dan perkhidmatan yang biasanya tidak boleh diperolehi kalau bayaran dibuat secara tunai
Selalu ingatkan diri sendiri
Secara umumnya, kita mahu memiliki kad kredit kerana faktor yang sudah disenaraikan di atas. Dalam bahasa yang mudah, dengan kad kredit, senanglah untuk berhutang kerana beberapa faktor seperti tidak cukup wang tunai sedangkan kita memang amat memerlukan perkhidmatan atau barang berkenaan pada waktu itu.
Namun, sebelum menandatangani dan menyerahkan borang permohonan mendapatkan kad kredit, fahami terlebih dahulu terma dan syarat yang ditetapkan.
Kalau korang sudah memiliki kad kredit, apa salahnya membelek semula terma dan syarat itu. Manalah tahu ia boleh mengingatkan diri sendiri supaya kita lebih berhemah apabila menggunakan kad kredit.
Antaranya ialah had maksimum bagi setiap kad. Kalau had ini habis diguna, kita tidak boleh menggunakan kad sehingga menjelaskan sebahagian daripada bayarannya.
Lazimnya, had kad kredit ini adalah dua hingga tiga kali ganda pendapatan bulanan kita. Kalau kita menggunakan had maksimum, ini bermakna kita sudah membelanjakan dua hingga tiga bulan pendapatan masa depan kita!
Bukan percumaMemiliki kad kredit juga sebenarnya tidaklah percuma. Ada yuran dan caj yang dikenakan dan kita perlu fahami, seperti:
• Yuran penyertaan
Pengeluar kad kredit mungkin mengenakan yuran penyertaan sekali sahaja. Yuran ini mungkin berbeza antara satu pengeluar kad dengan yang lain
• Yuran tahunanYuran yang perlu dibayar apabila kita menerima kad kredit. Terdapat juga pengeluar kad kredit yang mengecualikan yuran ini jika kita memenuhi syarat penggunaannya. Rujuk kepada pengeluar kad kredit anda.
• Caj kewanganIni adalah caj yang dikenakan ke atas baki yang belum diselesaikan selepas tarikh akhir pembayaran dan dikira berdasarkan baki harian.
Pada masa ini, pemegang kad kredit dikenakan faedah secara bertingkat. Tujuannya untuk menggalakkan penggunaan kad kredit secara berdisiplin.
• Yuran pendahuluan wang tunaiDikenakan setiap kali pendahuluan wang tunai dilakukan dan biasanya antara tiga hingga lima peratus. Yuran ini adalah caj kewangan tambahan dan dikira dari tarikh wang tunai itu diambil.
• Caj bayaran lewatCaj ini dikenakan kerana kita gagal menjelaskan jumlah minimum bulanan sebelum tarikh akhir pembayaran yang ditetapkan. Kalau kita membayar selepas tarikh ini, kita akan dikenakan caj kewangan (faedah ke atas baki belum jelas) dan juga caj bayaran lewat.
• Cukai perkhidmatanIngat! Bermula tahun 2010, setiap kad kredit akan dikenakan cukai perkhidmatan tahunan sebanyak RM50 ke atas pemegang kad utama dan RM25 ke atas pemegang kad sampingan (supplement). Bayaran ini akan dimasukkan dalam penyata kad kredit kita.
Last edited: