En. Rhoma Irama
Super Active Member

- Messages
- 7,565
- Joined
- Nov 16, 2007
- Messages
- 7,565
- Reaction score
- 707
- Points
- 111
Apa kriteria pemilihan kad kredit yang perlu diambil kira?
- Had kredit yang diberikan. Besar jumlahnya tak semestinya bagus. Bagi kawan cukup untuk menampung bajet bulanan plus 50% additional margin. Bermakna, jika perbelanjaan bulanan adalah RM1,000, ditambah pula dengan 50% (RM500), maka had kredit yang diperlukan adalah RM1,500.
Kawan tak pasti sekarang. Bank pun ada had minimum kredit limit yang akan diberikan. Mungkin RM3,000. Kawan tak pasti.
- Jenis-jenis rebat dan diskaun yang diberikan. Cash rebate, rebate pembelian petrol dan diskuan pembelian barangan terplih. Rujuk pamplet senarai outlets yang memberikan diskaun jika menggunakan kad kredit semasa melakukan pembelian atau menggunakan servis mereka.
- Pengumpulan mata tebusan. Ada bank yang menawarkan RM1=1 mata, RM1=2 mata, RM1=5 mata dan macam lagi. Dapatkan kad yang akan memberikan lebih mata tebusan untuk kita tebus.
- Percuma pelbagai keahlian. Bergantung pada jenis kad yang dipohon. Sudah tentu, bagi kad platinum akan mendapat tawaran keahlian percuma seperti keahlian percuma kelab golf, masuk percuma MAS Golden Lounge, keahlian percuma gym dan macam-macam lagi
- Yuran tahunan. Sebaiknya cuba dapatkan yang annual fee waived
- Percuma insurans perjalan percuma
- Mata ganjaran yang tiada tamat tempoh
- Kadar faedah yang lebih rendah dari 18% setahun
- Purchase protection plan
Kawan hanya senaraikan point yang kawan ingat je. Dialu-alukan untuk tambah lagi