BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kad Kredit Tips & Tricks

Apa kriteria pemilihan kad kredit yang perlu diambil kira?

  1. Had kredit yang diberikan. Besar jumlahnya tak semestinya bagus. Bagi kawan cukup untuk menampung bajet bulanan plus 50% additional margin. Bermakna, jika perbelanjaan bulanan adalah RM1,000, ditambah pula dengan 50% (RM500), maka had kredit yang diperlukan adalah RM1,500.

    Kawan tak pasti sekarang. Bank pun ada had minimum kredit limit yang akan diberikan. Mungkin RM3,000. Kawan tak pasti.
  2. Jenis-jenis rebat dan diskaun yang diberikan. Cash rebate, rebate pembelian petrol dan diskuan pembelian barangan terplih. Rujuk pamplet senarai outlets yang memberikan diskaun jika menggunakan kad kredit semasa melakukan pembelian atau menggunakan servis mereka.
  3. Pengumpulan mata tebusan. Ada bank yang menawarkan RM1=1 mata, RM1=2 mata, RM1=5 mata dan macam lagi. Dapatkan kad yang akan memberikan lebih mata tebusan untuk kita tebus.
  4. Percuma pelbagai keahlian. Bergantung pada jenis kad yang dipohon. Sudah tentu, bagi kad platinum akan mendapat tawaran keahlian percuma seperti keahlian percuma kelab golf, masuk percuma MAS Golden Lounge, keahlian percuma gym dan macam-macam lagi
  5. Yuran tahunan. Sebaiknya cuba dapatkan yang annual fee waived
  6. Percuma insurans perjalan percuma
  7. Mata ganjaran yang tiada tamat tempoh
  8. Kadar faedah yang lebih rendah dari 18% setahun
  9. Purchase protection plan

    Kawan hanya senaraikan point yang kawan ingat je. Dialu-alukan untuk tambah lagi
 
Info yang saya dapat daripada Merchant Maybank TreatsPoints (Point Kad kredit Maybank)

250 Maybank TreatsPoints = RM1
 
ok dah siasat..

KUALA LUMPUR 18 Mac – Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat kelayakan baru untuk mendapatkan kad kredit berkuatkuasa serta merta, pada hari ini.

Antara syarat-syarat baru adalah, setiap pemegang kad perlu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM36,000 setahun.
Pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar dua kad sahaja.

Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar. – Bernama

berita bertarikh 18 mac 2011
annual rm36000 = monthly rm3000


:((
 
bnm dah naikkan limit untuk apply cc..
saya pun taktau gaji bawah 2k boleh apply ke tak..
tapi saya ada asb loan, rekod ccris & ctos cantik..

kalau boleh nak jugakla belajar cara2 pengurusan dan dapat benefit dari cc ni..
di bawah kawan senaraikan bank yang menawarkan kad kredit bagi pemohon dengan pendapatan tahunannya sebanyak RM24,000 atau RM2,000 sebulan

 
kredit kad mana yg terbaik setakat nie dari segi rewards?
 
Info yang saya dapat daripada Merchant Maybank TreatsPoints (Point Kad kredit Maybank)

250 Maybank TreatsPoints = RM1

betul tuan

dengan mata sebanyak 250, kita boleh tebus barangan atau baucer yang bernilai RM1
 
ok dah siasat..



berita bertarikh 18 mac 2011
annual rm36000 = monthly rm3000


:((

tuan boleh cuba berjumpa pegawai bank yang bertugsa dulu

segala budi bicara kelulusan boleh dibincangkan

sebagai permulaan, tak perlu had kerdit yang tinggi

target kita pertama sekali untuk membina credit rating dengan pihak bank
 
Back
Top
Log in Register