BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual telefon tiruan, tapi harga original

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
31 October 2017

image.jpg


KLANG – Mencari untung atas angin dengan menipu pengguna kononnya menjual telefon bimbit original.

Namun, taktik itu itu dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor dalam serbuan di tiga buah premis di pusat beli-belah dekat sini, Khamis lalu.

Pegawai Penguatkuasa Kanan KPDNKK Selangor, Mohamed Aznanshah Khalid berkata, operasi kira-kira jam 12 tengah hari itu dijalankan hasil maklumat dan risikan.

Menurutnya, pemeriksaan telah merampas 11 buah telefon bimbit berjenama Samsung yang dianggarkan bernilai RM5,946.

"Kita telah merakam keterangan pekerja premis bagi membantu siasatan.

“Apa yang kita kesan adalah, premis terbabit disyaki menjual telefon bimbit tiruan sama seperti dengan harga original bagi mengaburkan mata pembeli,” katanya.

Beliau menambah, siasatan awal juga mendapati barangan terbabit dipercayai dibawa masuk dari negara jiran sebelum dipasarkan di sekitar Lembah Klang.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pemilik dan dalang terbabit.

Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.


-Sinar Harian
 
ni semua adalah normal...

kalau x reti beli gadget sila ajak kawan yg mahir sikit utk elak dihancingkan...
 
betul ke ni.. ke ap set? kalau betul tiruan bagus la, jangan bagi can orang C tu menipu
 
Macam mana rupa telefon tiruan tu...
 
Fon tiruan, harga tiruan orang tak marah sebab memang orang cari barang tiruan.
Tapi kalau barang tiruan, harga ori, memang senak ko kene.
 
kn check toko jualan online sekali. byk dh beralih jd seller kat toko jualan online buat keje menipu mcm ni.
lagi senang nk lepas sbb byk yg x sediakan cod
 
Ibarat kutip cendawan..
kutip hari ni esok tumbuh lagi...:rolleyes:
 
Back
Top
Log in Register