BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,301.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Journal] Perniagaan: Tuisyen

Kalu lokasi dekat boleh hntr anak pi tusyen dgn cikgu..
 
Assalam semua. tumpang lalu. Cikgu saje nak kongsikan kisah mengajar tuisyen. coretan pendek je ye. cikgu tak pandai nak berforum2 ni.

Al kisah tunang cikgu terpaksa berhenti kerja sebagai akauntan kerana masalah kesihatan. selain mendapat tentangan hebat dari ibunya yang risau anak gadisnya kerja jauh, so terpaksalah menjadi penganggur terhormat di rumah.

dek kerana kami akan berkahwin tidak lama lagi, maka cikgu pun tak mo lah bakal wife cikgu ni jadi surirumah jer.

tambah pula cikgu ada pengalaman buka tuisyen pada zaman sebelum kenal tunang cikgu ni. so cikgu suggest kepada si dia untuk buka tuisyen.

cikgu ajar subjek sains, tunang ajar math.

pelajar darjah 4,5 dan 6.

lokasi: RAHSIA..hehe jangan marah.
nama TUisyen: RAHSIA juga..hehe

Bukan milik cikgu sepenuhnya, milik tuang sebab nawaitu nak dia ada perniagaan sendiri. tak perlulah dia jadi kuli orang lagi. tapi 30% saham cikgu dalam perniagaan ini.

1/6/2014:
-cikgu belikan kelengkapan asas untuk sebuah tuisyen.
whiteboard,marker + refil, A4 paper, duster, ruler, karpet.
buat masa ini student sekadar duduk bersila.

5/6/14:
-cikgu buatkan phamplet. saiz A3. bagi pada tunang untuk edar di masjid time baca yasin, pastu edar juga time solat jumaat.

7/6/14 - 15/6/14:
-kami sama-sama siap2 sedia. beli buku latihan dan nota. cikgu ajr dia asas mengajar. dan lain-lain lagi.

16/6/14:
-maka malam ini bermulalah kelas tuisyen kami. insyaAllah cikgu akan update gambar. :)

Moga berjaya...

Dalam hidup nie, first experience memang menggeletar, tapi bila dah ulang mengajar 4,5 kali, dah dapat rentak mengajar, dan dah faham attitude student macam mana, rasa senang je tu...

Insha-Allah boleh tu...

Moga sukses... Update selalu jangan tak update!

Nak tahu, malam nie student berapa orang?
 
keep it up cikgu......slow2....takpe memula budsk2 bersila.....pastu belikn meja yg pendek tu...yg bdk tadika gune
 
thread bagus ni...pernah nk beli perniagaan tuisyen yg offer tp x mampu...rm10k siap dgn peralatan smua meja kerusi papan putih,carpet,projector....
 
terbaik.. sama2 la kita mencari rezeki tambahan di samping dpt membantu pelajar2 meningkatkan prestasi dlm pelajaran.. gud luck cikgu..
 
Back
Top
Log in Register