Assalam semua. tumpang lalu. Cikgu saje nak kongsikan kisah mengajar tuisyen. coretan pendek je ye. cikgu tak pandai nak berforum2 ni.
Al kisah tunang cikgu terpaksa berhenti kerja sebagai akauntan kerana masalah kesihatan. selain mendapat tentangan hebat dari ibunya yang risau anak gadisnya kerja jauh, so terpaksalah menjadi penganggur terhormat di rumah.
dek kerana kami akan berkahwin tidak lama lagi, maka cikgu pun tak mo lah bakal wife cikgu ni jadi surirumah jer.
tambah pula cikgu ada pengalaman buka tuisyen pada zaman sebelum kenal tunang cikgu ni. so cikgu suggest kepada si dia untuk buka tuisyen.
cikgu ajar subjek sains, tunang ajar math.
pelajar darjah 4,5 dan 6.
lokasi: RAHSIA..hehe jangan marah.
nama TUisyen: RAHSIA juga..hehe
Bukan milik cikgu sepenuhnya, milik tuang sebab nawaitu nak dia ada perniagaan sendiri. tak perlulah dia jadi kuli orang lagi. tapi 30% saham cikgu dalam perniagaan ini.
1/6/2014:
-cikgu belikan kelengkapan asas untuk sebuah tuisyen.
whiteboard,marker + refil, A4 paper, duster, ruler, karpet.
buat masa ini student sekadar duduk bersila.
5/6/14:
-cikgu buatkan phamplet. saiz A3. bagi pada tunang untuk edar di masjid time baca yasin, pastu edar juga time solat jumaat.
7/6/14 - 15/6/14:
-kami sama-sama siap2 sedia. beli buku latihan dan nota. cikgu ajr dia asas mengajar. dan lain-lain lagi.
16/6/14:
-maka malam ini bermulalah kelas tuisyen kami. insyaAllah cikgu akan update gambar.