BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jong Il miliki selera pelik

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LONDON - Presiden Korea Utara, Kim Jong Il dipercayai gemar memakan ikan segar yang masih hidup, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemimpin negara kuasa nuklear yang bertubuh kecil tersebut mempunyai sikap membazir dengan membasuh ikan dengan wine mahal dan brandi dari Perancis walaupun kebanyakan penduduk di republik itu kekurangan makanan.

Bekas chef Jong Il, Kenji Fujimoto berkata, beliau gemar memakan ikan mentah yang segar sehingga sanggup menggigit haiwan itu walaupun ia masih hidup.

"Saya menyiang ikan itu namun ia masih bergerak-gerak. Jong Il gembira dan memakannya dengan berselera," kata Fujimoto.

Dia yang tidak lagi berkhidmat di Korea Utara berkata, Jong Il kemudian mengarahkan sekumpulan wanita bogel menari mengikut rentak muzik Amerika bersama para pembantunya. - Agensi
 
tak lama lagi kiok la org tua tue......
 
adeh..

mcm tu punyer slera lak..
 
Kalau dh tak sehaluan dgn US macam2 ler keburukan yg dikeluarkan... setakat makan ikan hidup apalah nak diherankan... yg makan otak monyet hidup pun ramai... apa ke hal...yg dia org hoby memakan orang... tak hebuh pun..
 
dah kena buang kerja, macam2 la kata.
 
jgn makan orang udah ler...jadik raja bersiong lak nati
 
Pemimpin negara kuasa nuklear yang bertubuh kecil tersebut mempunyai sikap membazir dengan membasuh ikan dengan wine mahal dan brandi dari Perancis walaupun kebanyakan penduduk di republik itu kekurangan makanan.

yg tu usa punya angkara. takde sapa marah pun
 
Back
Top
Log in Register