BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Naik Taraf Medan Selera Greentown Utama Selesai, Manfaat 25 Peniaga - Nga

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
8eaaceabf7d4a418cf0e81c396e7bd5169d276b268ed5

3152058d274a04a3efa0e7d97cee935169d276dd9decd

Kredit: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus komited memperkasakan kemudahan awam melalui pelaksanaan projek naik taraf infrastruktur di kawasan Medan Selera Greentown Utama, di sini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata projek naik taraf dengan peruntukan RM200,000 memberi manfaat kepada kira-kira 25 peniaga gerai serta pengunjung setempat.

Beliau berkata projek tersebut termasuk dalam peruntukan sebanyak RM60 juta bagi pelaksanaan 200 projek naik taraf medan selera di seluruh negara yang dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

“Satu lagi daripada kerja hasil yang telah kita jayakan adalah di Medan Selera, Stadium Perak. Memang kini sangat menarik di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri Canning dan KPKT akan terus bekerjasama erat dengan Majlis Bandaraya Ipoh (naik taraf) semua PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan projek naik taraf Medan Selera Greentown Utama di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KPKT Datuk Dr M Noor Azman Taib dan Datuk Bandar Zamakhshari Hanipah.

Sementara itu, kerja-kerja naik taraf medan selera berkenaan bermula pada Ogos 2025 dan siap sepenuhnya pada 31 Jan lepas, merangkumi kerja-kerja mengecat semula kawasan medan selera, pemasangan kipas industri (heli fan) serta penggantian set meja dan kerusi baharu demi keselesaan pengguna.

Selain itu, Nga berkata kerja-kerja penurapan jalan di kawasan perumahan di seluruh Perak bernilai RM40 juta telah siap sepenuhnya.

 
Back
Top
Log in Register