BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Maut Dihempap Tiang Besi Dirempuh Kereta Di Medan Selera

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Wanita Maut Dihempap Tiang Besi Dirempuh Kereta Di Medan Selera​

4bd34d9d6c9a7f5ff03a2f603d6cf2896a8942f6da5d8

Kredit: IPD Kajang

Seorang wanita maut selepas dihempap sebatang tiang besi yang tumbang akibat dirempuh sebuah kereta di medan selera di Bandar Mahkota Cheras di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi tadi, kenderaan dipandu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun memasuki ruang makan medan selera berkenaan selepas pemandu itu dipercayai tertekan pedal minyak.

Beliau berkata lelaki terbabit kemudian cuba memandu keluar keretanya dari medan selera itu sebelum mangsa berusia 47 tahun dipercayai berlari ke arah kenderaan berkenaan bagi menghalang atau menghentikannya.

“Ketika pemandu itu memusingkan kenderaannya untuk keluar dari medan selera itu, keretanya telah melanggar sebatang tiang besi sehingga tumbang dan menghempap kepala mangsa, menyebabkannya maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata pemandu kereta yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata semakan ke atas lelaki terbabit mendapati dia tidak mempunyai rekod lampau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Insp Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register