BTC USD 61,674.0 Gold USD 4,237.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Selera: 18 Warga Asing Ditahan Di Kuching

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,645
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,645
Reaction score
323
Points
141

Ops Selera: 18 Warga Asing Ditahan Di Kuching​

f4957f74a22cc0c6815ba57204c02072681b18b33ae5d


Sebanyak 18 warga asing ditahan dalam Ops Selera dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini, pagi tadi.

JIM Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan operasi itu menyasarkan premis restoran serta kediaman di kawasan Taman Sukma, Kampung Semerah Padi, Tabuan, Pekan Batu 10 dan sebuah medan selera di Batu 4.

Menurut kenyataan itu, premis berkenaan dipercayai menggaji warga asing tanpa pas atau permit kerja sah selain membenarkan mereka tinggal di kediaman tersebut.

“Ketika serbuan dijalankan, terdapat cubaan daripada beberapa warga asing untuk melarikan diri bagi mengelakkan ditahan.

“Namun, hasil tindakan pantas serta kecekapan pegawai operasi, kesemua individu terbabit berjaya ditahan untuk tindakan lanjut,” menurut JIM Sarawak.

Kenyataan itu memaklumkan, operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi mengesan serta menahan mana-mana warga asing melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk majikan dan individu yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin.

 
Back
Top
Log in Register