BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKNP Nafi Dakwaan Unit Hemodialisis Hospital Bentong Ditutup

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JKNP Nafi Dakwaan Unit Hemodialisis Hospital Bentong Ditutup​

de3d74e1019c0e690d16823e8723537d6a41318fcfc77

fb Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung penutupan Unit Hemodialisis Hospital Bentong.

Dalam kenyataan hari ini, JKNP memaklumkan unit berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan perkhidmatan rawatan kepada pesakit berjalan mengikut jadual yang ditetapkan tanpa sebarang gangguan.

JKNP berkata pihaknya memahami kebimbangan masyarakat, khususnya pesakit serta waris yang bergantung kepada perkhidmatan rawatan hemodialisis.

“Untuk makluman, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan merupakan maklumat yang tidak disahkan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, JKNP menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat tidak sahih, sebaliknya sentiasa merujuk kepada saluran komunikasi rasmi Hospital Bentong, JKNP atau Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

Menurut kenyataan itu, JKNP komited memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi dari semasa ke semasa.

 
Back
Top
Log in Register